PAS perlu nyata pendirian, bersama Umno sokong Khalid atau tidak, kata DAP - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAS perlu nyata pendirian, bersama Umno sokong Khalid atau tidak, kata DAP

DAP desak PAS buat keputusan sama ada sokong Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau tidak, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Gambar fail The Malaysian Insider.
DAP mendesak rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) mereka, PAS supaya menyatakan pendirian dalam krisis di Selangor, sama ada menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim atau tidak.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pendirian tersebut sangat penting kerana Barisan Nasional (BN) sudah menyatakan sokongan kepada Khalid, tetapi PAS belum lagi.

"PAS perlu segera menyatakan pendirian sama ada mereka menyokong keputusan Umno atau tidak dalam memberi sokongan tidak bersyarat kepada Khalid untuk terus menjadi menteri besar Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DAP dan PKR sudah menyatakan pendirian menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tetapi PAS masih belum membuat keputusan rasmi.
Lim berkata, jika PAS menyokong pendirian Umno, ia adalah isyarat jelas berakhirnya kesepakatan dalam PR di peringkat negeri dan nasional.

"Jika PAS enggan menyokong pertukaran menteri besar dengan pilihan calon PKR, ini akan menjadi petanda kepada perpecahan dan berakhirnya kesepakatan PR di peringkat negeri dan nasional," katanya.

Bagaimanapun, jika PAS menyatakan mereka tidak menyokong Umno, ia akan menjadi isyarat PAS bersetuju menggantikan Khalid dengan MB baharu.

"Jika PAS berkata mereka tidak bersama Umno, ini akan membantu menjelaskan PAS menyokong menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor tetapi berhasrat menunggu hingga 17 Ogos bagi memutuskan sama ada menyokong calon pengganti pilihan PKR," katanya.

Umno tidak memiliki majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, pendirian PAS dalam krisis di Selangor diperlukan ketika ini.

Jika PAS bersama menyokong Umno, kedudukan DUN akan tergantung memandangkan terdapat 12 Ahli DUN (Adun) Umno, 15 daripada PAS dan satu wakil bebas, Khalid.

"Bolehkah 15 Adun PAS berkata mereka bersama atau tidak dengan Umno dalam menyokong Khalid sebagai menteri besar," katanya.

Lim berkata, kelewatan untuk menyatakan pendirian mereka tidak boleh diterima.

"Sebarang kelewatan dalam membuat pengisytiharan ini tidak boleh diterima kerana ia tidak menunjukkan kebertanggungjawaban ke atas mandat yang diberikan kepada 15 Adun PAS semasa Pilihan Raya Umum 2013 lalu," katanya.

Khalid ketika ini ditolak partinya dan dipecat Sabtu lalu.

Khalid semalam berkata, beliau masih MB yang sah di Selangor selepas meyakinkan Sultan Selangor memiliki sokongan majoriti dalam DUN.

Beliau mengadakan pertemuan dengan baginda di Istana Alam Shah, Klang dan kemudian mengadakan sidang media menjelaskan statusnya sebagai MB.

Khalid juga mencabar mana-mana ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak menyokongnya supaya meletakkan jawatan. – 12 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-perlu-nyata-pendirian-bersama-umno-sokong-khalid-atau-tidak-kata-dap#sthash.aYZHUi7r.dpuf
0 Komentar untuk "PAS perlu nyata pendirian, bersama Umno sokong Khalid atau tidak, kata DAP"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI