Kongres diharap pulih perpecahan dalam pemilihan PKR dan krisis MB - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kongres diharap pulih perpecahan dalam pemilihan PKR dan krisis MB

Pemimpin dan ahli di peringkat akar umbi parti dijangka memulakan langkah dengan menekankan keperluan mengenepikan perbezaan masing-masing dan bersatu di dalam dan di luar parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Ogos, 2014. PKR yang agak pincang bakal memulakan Kongres Nasional Tahunannya selama 3 hari mulai esok dengan harapan menonjolkan sebuah barisan yang bersatu selepas melalui pemilihan parti yang huru-hara dan krisis menteri besar Selangor yang berlarutan, yang hampir memecahkan Pakatan Rakyat.

Pemimpin dan ahli di peringkat akar umbi parti dijangka memulakan langkah dengan menekankan keperluan mengenepikan perbezaan masing-masing dan bersatu di dalam dan di luar parti.

Akan terdapat juga seruan kepada parti untuk memulihkan hubungan dengan sekutunya PAS, memandangkan hubungan PKR dengan parti Islam itu dikhuatiri terjejas akibat kemelut yang melanda berhubung agenda menukar menteri besar Selangor.

Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan merasmikan kongres pada Sabtu dan tema utama ucapannya akan berkisar tentang perpaduan dan menggariskan rancangan masa depan parti itu untuk Selangor.
Pemimpin dan ahli parti mengatakan perwakilan akan mengambil maklum maksud ucapan presiden dan memberikan perbahasan yang bernada positif untuk memperkuatkan hubungan parti dengan rakan lain dalam gabungan pembangkang  – PAS dan DAP.

"Krisis menteri besar tidak memberi keyakinan yang positif. Ia menjejaskan semangat parti dengan cara yang sedikit pelik, dalam erti kata, sambil kita mempunyai azam yang tinggi menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah dan tetap teguh mempertahankan pendirian kita walaupun dunia bagaikan menentang, kita rasakan satu kepiluan melalui keseluruhan proses ini, kata seorang pemimpin parti, merujuk kes menteri besar yang tersingkir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan calon pilihan parti, Dr Wan Azizah. – 20 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kongres-diharap-pulih-perpecahan-dalam-pemilihan-pkr-dan-krisis-mb#sthash.UjhURRL9.dpuf
0 Komentar untuk "Kongres diharap pulih perpecahan dalam pemilihan PKR dan krisis MB"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI