SAMBUTAN Aidilfitri sudah tidak lagi memberi apa-apa makna. Bagi mereka, Aidilfitri sama juga ertinya seperti hari-hari biasa yang di lalui saban hari.
“Ke mana harus ku melangkah esok. Apa alas tidur ku? Dapatkah aku merasai enaknya sesuap nasi? Dapatkah aku melihat sinaran matahari menjelang esok pagi tanpa sebarang pandangan dan senyuman sinis masyarakat? Apakah akan ada esok untuk ku.
Kehidupan mereka yang kita beri nama sebagai gelandangan tidak indah, tidak molek, bahkan menjijikkan pandangan, kotor dan mengotorkan. Siapa mahu tidurnya beralas kepingan kotak, berdindingkan dinginnya malam, didodoi bingitnya enjin kenderaan.
Mereka tidak pernah meminta kehidupan seperti itu. Ingin juga hati memiliki tempat berteduh, pekerjaan yang bagus, pakaian yang bersih, duit buat bekalan memberi beras, agar si kecil dapat merasai nikmatnya suapan nasi dari tangan ibunya. Namun, ia sekadar mimpi, hanya angan-angan yang belum pasti tertunai.
Pasrah nasib diri
Di tengah kota itulah rumah mereka, perjalanan yang tidak pernah diketahui di mana penghujungnya. Wanita yang kami temui tidak sempat ditanya namanya. Seorang janda yang diceraikan suami, seorang kakak dan anak yang tidak dipedulikan keluarganya.
Dia tidak cacat, fizikalnya sihat. Namun nasibnya tidak menentu. Upah diterima RM30 sehari, itu pun sekadar membantu di kedai mamak. Kalau pada hari itu tiada pekerjaan untuknya, maka tiadalah wang untuk dia membeli makanan, apatah lagi sehelai baju baharu.
“Dulu akak hidup tak macam ni dik. Ada suami, baik orangnya. Bahagia sangat dik. Akak pula kerja bantu suami. Kami meniaga, jualan nasi berlauk dekat dengan Pertama Kompleks. Sebulan, Alhamdulillah dapatlah RM30,000.
“Tapi, mungkin kerana orang dengki. Orang tak boleh tengok kami bahagia. Keluarga akak jadi porak peranda. Suami akak tak macam dulu lagi. Pantang tengok, ada saja cacian yang keluar dari mulut dia.
“Akak bawa abang (suami) pergi berubat. Jumpa ramai ustaz. Tiga tahun dik kami berkahwin, akhirnya bercerai. Sejak itu suami tidak pernah datang jenguk. Dengar cerita, dia sudah berkahwin lain,” katanya yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan.
Wanita yang berusia lingkungan lewat 30-an ini berkata, dia tidak mahu menyusahkan orang lain, dan atas alasan itu dia tidak betah duduk di kampung.
“Umur akak 16 tahun lagi akak dah datang KL (Kuala Lumpur). Hidup merantau cari kerja. Macam-macam kerja akak buat. Sesekali sekala ada juga telefon mak di kampung. Jarang sangat balik kampung. Duit tak cukup.
“Tapi kalau balik sekali pun dik. Masing-masing buat hal sendiri. Aku ada ke, aku tak ada ke sama saja. Macam kita tidak pernah wujud,” ramah wanita ini bercerita tanpa berselindung apa yang terbuku di hatinya.
Di bulan Ramadan ini, bagi wanita yang berkulit hitam manis dia melaluinya sama seperti umat Islam yang lain. Tetap bersahur dan berbuka. Cuma juadahnya sahaja yang berbeza. Berbuka sekadar seteguk air, sementara menanti makanan dari sukarelawan Pertiwi Soup Kitchen.
“Hari-hari macam ni lah dik. Akak dah tak kisah hidup macam ni. Dah biasa. Bukan tak nak cari kerja bagus atau cuba meniaga balik. Tapi selepas nasib yang menimpa akak, akak dah putus harapan. Akak lagi seronok macam ni,” katanya.
Belum sempat kami bertanya namanya. Dia berlalu pergi bertemu rakan-rakan yang lain. Dari riak wajahnya. Dia juga inginkan kehidupan lebih baik, namun pasrah dengan nasib diri.
Anak, sinar harapan baru
Meskipun menyewa sebuah bilik kecil dengan bayaran RM350 sebulan, Khairunnisa Abd Rahim, 23, yang lebih senang dengan panggilan Nisa tetap bahagia bersama suami yang baharu dikahwininya, tahun lalu.
Dari riak wajahnya, Nisa tidak sabar menanti kelahiran si kecil dan merasakan sambutan raya tahun ini pasti lebih meriah.
Namun, di sebalik keceriaannya dia masih merasakan ada ruang kosong yang entah bila dapat dipenuhi. Pada matanya ada harapan begitu tinggi, setinggi Gunung Everest. Ingin di daki, namun tidak pasti bila kaki mampu menjejak puncaknya.
“Bagi saya, raya sudah tak penting lagi. Apa yang penting kami ada tempat tidur. Lagipun sudah terlalu lama saya tidak merasa seronok beraya. Masing-masing semua buat hal sendiri,” katanya.
Nisa tidak pernah melupakan keluarganya di Kelantan, walaupun dia dibesarkan keluarga angkat.
“Saya teringin sangat balik beraya, nak dakap mak, peluk ayah, cium mereka, rindu sangat. Lapan tahun beraya seorang. Jauh dalam hati teringin nak beraya dengan mak ayah.
“Saya teringin nak rasa macam mana keluarga lain beraya.
Jumpa mak ayah, adik-beradik berkumpul bersama. Saya tak pernah rasa semua tu,” katanya yang kini bekerja sambilan sebagai tukang cuci di sebuah sekolah agama di Kuala Lumpur.
Apa yang penting, bagi Nisa ketika ini adalah membesarkan anak dengan kasih sayang dan sempurna.
“Yang penting anak dalam kandungan ini kak. Saya tak nak dia jadi macam saya. Hidup susah. Saya nak dia senang macam orang lain,” katanya.
Pusara pengubat rindu
Tiada lagi tangan ayah dan ibu untuk dikucup di pagi raya. Kedua-duanya telah meninggal dunia, hanya pusara diziarahi tatkala rindu, luah Abdul Razak Abdul Ghani, 30.
Apabila rasa rindu pada mereka, Abdul Razak akan pastikan lebih banyak tin-tin kosong untuk dikutip, untuk dibuat tambang pulang menziarahi pusara ibu bapanya di Mentakab, Pahang.
Baginya, Aidilfitri itu tidak ubah seperti hari-hari biasa yang dilaluinya tanpa rasa istimewa sejak lima tahu lalu dan memilih hidup sebagai gelandangan di ibu kota.
Setelah kedua orang tuanya meninggal, Abdul Razak yang hidup sebatang kara, menjadikan tin-tin kosong sebagai mata pencariannya.
“Saya anak tunggal. Selepas mereka tiada, saya mencuba nasib di ibu kota ini.
“Pelbagai pekerjaan saya lakukan, demi meneruskan hidup,” katanya.
Siapa menyangka, secara fizikal pemuda ini tampak sihat, punya rupa yang menarik, namun dirinya sebahagian dari warga gelandangan yang menjadikan kaki lima bangunan sebagai alas tidur di malam hari.
Katanya, kesusahan hidup serta taraf pendidikan sehingga darjah enam tidak melayakkannya mendapat pekerjaan yang lebih baik.
Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, Abdul Razak akan berjalan kaki seawal jam 5 pagi mencari tin terbuang di tong sampah
“Saya akan bangun awal pagi, berjalan kaki setiap hari hingga ke Gombak, Bangi, Petaling Jaya hingga ke Shah Alam mencari tin,” katanya.
Kesanggupan berjalan kaki hingga berpuluh-puluh kilometer sehari terpaksa dilakukannya, memandangkan di ibu kota ramai yang melakukan pekerjaan serupa.
“Sekilo tin hanya RM4.00, jadi saya terpaksa mencari lebih banyak tin untuk mendapatkan wang lebih,” katanya.
Setelah dinihari, barulah Abdul Razak pulang dan menumpang lena di kaki lima dengan harapan, esok lebih banyak tin diperolehi.
Berkongsi pengalaman berhari raya sebagai gelandangan, Abdul Razak berkata, tiada apa yang manis untuk dikongsikan.
Sejak membawa diri di Kuala Lumpur, sambutan Aidilfitri tidak membawa erti padanya apatah lagi mengidamkan juadah yang biasanya dihidangkan di hari raya.
“Pagi hari raya, saya akan ke masjid untuk solat dan menikmati juadah yang disediakan.
“Apa yang dihidangkan, itulah yang saya makan,” katanya.
Selepas itu, Abdul Razak akan memulakan rutin hariannya mencari tin kosong.
“Beginilah kehidupan saya setiap hari. Mencari tin kosong. Kalau ada yang bersimpati, peniaga-peniaga khasnya akan simpankan tin untuk saya jual,” katanya.
Dari raut wajahnya, terlihat semangat untuknya kekal meneruskan hidup, namun mungkin nasib tidak menyebelahinya, hanya menjadi penghuni kaki lima.
Abdul Razak berkata, ada ketikanya dia ingin mengubah kehidupan menjadi lebih baik.
“Sampai bila saya berterusan begini. Saya juga ingin berubah. Tapi ini mungkin ujian buat saya,” ujarnya.

0 Komentar untuk "Aidilfitriku di kaki lima"