ALOR SETAR - Tindakan Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan kemelut yang melanda pakatan pembangkang di negeri itu dalam Facebook disifatkan sebagai 'fiksyen' berdasarkan pengalaman sendiri.
Ketua Penerangan PKR Kedah, Dr Azman Ismail berkata, setiap pemimpin di dalam PR mempunyai persepsi sendiri terhadap parti masing-masing namun ia perlu menggunakan cara yang betul untuk menyuarakannya.
Menurutnya, semasa pemerintahan Pas di Kedah, parti-parti lain di dalam PR juga mempunyai pandangan dan pengalaman tersendiri namun tidak perlu didedahkan kepada umum sebaliknya menggunakan saluran yang betul seperti perbincangan.
“Itu hanya perspektif dia sendiri. Dia bercakap berdasarkan pengalaman dia. Kita juga ada pandangan kita tapi tak perlu didedahkan kepada semua.
“Itu semua fiksyen semata-mata. Kenyataan seperti itu tidak membantu semua pihak malah ia hanya merosakkan imej PR. Kalau pemimpin matang tak akan bagi komen seperti itu seperti pemimpin tertinggi Pas yang lain (Datuk Mahfuz Omar) sebelum membuat kajian.
“Kita bukan lagi parti amatur tapi sudah profesional dan mentadbir beberapa negeri. Kita kena matang dan tidak mengikut emosi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Justeru, Azman berkata, tindakan membalas kenyataan yang dilakukan beberapa pemimpin PR itu tidak wajar dilakukan di media sosial kerana rakyat akan menilai tindakan tersebut sekaligus memberi impak kepada diri sendiri.
“Saya tak salahkan sesiapa atau sebelah pihak sahaja. Kita sebagai pemimpin kena matang dan tidak beremosi serta perlu menggunakan perkataan yang sopan.
“Jika kita tidak mampu lakukannya dalam memberi kenyataan, lebih baik jangan bercakap terutama untuk tatapan khalayak umum,” katanya.
Azman berkara, kemelut yang berlaku perlu diselesaikan segera walaupun setakat ini masih tidak menjejaskan hubungan dan kekuatan PR di negeri ini.
“Kita telah lama berkawan. Kita telah lama bekerjasama dan kita juga ada perlembagaan kita sendiri,” katanya.

0 Komentar untuk "Pendedahan Sanusi 'fiksyen' pengalaman semata-mata"