10 Ogos bukan hari penentu Khalid tetapi Pakatan, kata Kit Siang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

10 Ogos bukan hari penentu Khalid tetapi Pakatan, kata Kit Siang

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyatakan mesyuarat PAS pada 10 Ogos ini penentu hala tuju Pakatan Rakyat, bukan nasib Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.
Veteran DAP Lim Kit Siang menyifatkan 10 Ogos bukan hari penentuan untuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor tetapi hari penentuan masa depan Pakatan Rakyat (PR).

Lim yang juga ketua Parlimen DAP itu berkata dua minggu selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat 23 Julai lalu, PR menghadapi krisis yang paling teruk sejak ia ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 April 2008.

"Bolehkah PR bertahan dengan krisis keyakinan ini," katanya yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.

Lim berkata, jika semua pemimpin PR sama da DAP, PAS atau PKR terus dipandu dasar bersama, ia akan mampu berdiri lebih kuat untuk menggantikan Umno/BN dalam PRU14.
"Atau alternatif yang terlalu dahsyat adalah untuk melihat PR akan ditolak ke dalam nota kaki sejarah Malaysia," katanya.

PAS menetapkan 10 Ogos untuk membincangkan isu menteri besar Selangor selepas PKR menyatakan secara rasmi mahu menukar Khalid kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Namun belum sampai tarikh itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kemudiannya disokong Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik mat menyatakan sokongan terbuka kepada Khalid sebagai MB Selangor.

Semalam Majlis Syura Ulama PAS juga mengambil pendirian sama iaitu menyokong Khalid sebagai menteri besar Selangor sehinggalah dibuktikan beliau bersalah oleh SPRM atau mahkamah. – 7 Ogos 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/10-ogos-bukan-hari-penentu-khalid-tetapi-pakatan-kata-kit-siang#sthash.eXs5M22b.dpuf
0 Komentar untuk "10 Ogos bukan hari penentu Khalid tetapi Pakatan, kata Kit Siang "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI