ISU menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang pada mulanya mungkin disangka ribut dalam cawan serta boleh ditangani dengan baik, kini mula bertukar menjadi taufan yang bukan saja bakal merobohkan kekuatan PKR dan Pas, bahkan seakan menghampiri untuk memusnahkan bahtera PR sendiri.
Jika sebelum ini dalam PKR berpecah antara puak pro Abdul Khalid dengan puak yang mahu menyingkirkannya, begitu juga dalam Pas di mana kumpulan ulama mahukan Menteri Besar itu terus dikekalkan manakala golongan profesional yang juga dikenali sebagai puak Anwarinas mahu sebaliknya, perkembangan mutakhir ini memperlihatkan hubungan antara PKR dan Pas tidak lagi semesra dulu.
Tidak ada sesiapa menduga bahawa PKR seperti menyimpan dendam lama dengan Pas apabila dalam usaha berterusannya mahu menyingkirkan Abdul Khalid, PKR melalui Rafizi Ramli juga mendedahkan bahawa Pas turut tidak menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sebelum PRU13 lalu.
Rafizi sebaliknya mendakwa, sekiranya PR memenangi PRU13 lalu, Pas telah pun mempunyai calon pilihannya sendiri sebagai bakal Perdana Menteri iaitu Tengku Razaleigh Hamzah.
Bagaimanapun, kata Rafizi, oleh kerana PR gagal mendapat kerusi majoriti dalam PRU13, isu itu tidak pernah lagi dibangkitkan selepas itu.
Pendedahan Rafizi mengenai sikap Pas yang menolak Anwar sebagai calon Perdana Menteri itu adalah bertujuan mewajarkan tindakan parti itu mencadangkan pertukaran Abdul Khalid tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Pas.
Bagi Rafizi, jika berbincang pun pasti akan timbul masalah kerana sikap Pas yang pada pandangannya kerap tidak berpegang pada janji dan mudah membuat membuat pusingan U di saat-saat akhir.
Mungkin kerana kecewa berterusan dengan sikap Pas yang menyokong Abdul Khalid, Rafizi membuat keputusan mendedahkan tembelang Pas sebelum PRU13 yang selama ini menjadi rahsia semua pihak.
Walaupun pendedahan Rafizi itu disifatkan sebagai "bodoh" oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tetapi beliau tidak pula menafikan kebenaran apa yang ditimbulkan oleh Pengarah Strategi PKR itu.
Pada pandangan umum, jika benar pendedahan Rafizi itu, nyata bahawa sikap dan pendirian Pas amat memalukan sekali kerana sebagai entiti yang mengaku berlandaskan Islam dan menjaja nama ALLAH serta Rasul dalam kempen-kempennya, tetapi perlakuan yang ditunjukkan amatlah bertentangan sama sekali.
Jika tidak mahu menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri, kenapakah Pas masih sanggup berganding bahu dengan PKR dan DAP dalam PR menghadapi pilihan raya lalu?
Bukankah lebih baik keluar saja daripada PR dan bergerak secara sendirian?
Kenapakah juga penolakan terhadap Anwar itu tidak diberitahu secara terbuka kepada ahli-ahli di peringkat bawahan, memandangkan mereka di peringkat akar umbi sebahagian besarnya secara terbuka sudah menerima Anwar sebagai bakal Perdana Menteri?
Kemusykilan juga ialah kenapakah, daripada mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai calon Perdana Menterinya, Pas tidak berani pula meletakkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mat Sabu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Datuk Haron Din sebagai tokoh daripada acuannya sendiri untuk menjadi Perdana Menteri?
Apakah kerana tidak mahu menerima Anwar sebagai Perdana Menteri ini menyebabkan Pas meletakkan calon bertindih dan membangkitkan isu hudud di saat-saat kempen terakhir dalam pilihanraya lalu?
Meskipun Rafizi juga tidak sepatutnya mendedahkan perkara ini kerana persoalan yang perlu diselesaikan ialah mengenai perukaran Menteri Besar Selangor dan bukannya hal-hal lain yang kurang berkaitan, namun pendedahan ini secara tidak langsung mengurangkan lagi markah politik Pas di mata umum.
PKR pula mungkin mendapat lebih simpati kerana sudah dua kali dipermain-mainkan oleh Pas yang seperti ada agenda sendiri dan selalu menuju jalan lain di saat-saat akhir.
Menerima Tengku Razaleigh sebagai calon Perdana Menteri tiada salahnya kepada Pas, lebih-lebih lagi beliau memang berwibawa untuk menjawat jawatan itu, tetapi persoalannya ialah berkaitan wibawa, sikap bermuka-muka dan tidak berpegang pada janji yang diamalkan oleh parti Islam itu.
Adakah dibenarkan oleh Islam sikap sebegitu rupa?
Dengan pendedahan ini, sama ada Pas menafi atau mengiyakannya, perasaan saling curiga dan tidak mempercayai antara parti itu dengan PKR tentulah makin melebar.
PKR mungkin lebih selesa bergandingan dengan DAP kerana walaupun ia bukan Islam tetapi amat kukuh berpegang pada janji dan ikatan yang telah dimeterai.
Selepas ini, sama ada pertukaran Khalid dapat dilaksanakan atau sama ada Pas menyokong atau sebaliknya 'Langkah Kajang' yang terus berpanjangan, keretakan dalam PR, terutamanya berkaitan hubungan antara Pas dengan PKR, sudah boleh dibayangkan oleh sesiapa saja.
Ditambah dengan kecenderungan sesetengah puak dalam Pas yang semakin nyata untuk bekerjasama dengan Umno melalui konsep kerajaan perpaduan, walaupun dimulut dan ceramah tidak lekang daripada memaki dan mencemuh Umno, tidak mustahil juga sebenarnya Pas akan meninggalkan PR suatu hari nanti.
Walaupun Anwar, Abdul Hadi dan Lim Kit Siang sudah berulangkali menyatakan PR tidak akan berpecah kerana isu Menteri Besar Selangor, tetapi tiada jaminan segala-galanya tidak berubah sepertimana al-Quran yang kekal terpelihara sehingga kiamat.
Juga tiada jaminan, acara londeh-melondeh yang sudah bermula ini tidak terus berpanjangan, malah melihat keghairahan masing-masing tidak mustahil menjadi lebih rancak lagi selepas ini.
Akhirnya, keretakan, perpecahan dan membawa haluan masing-masing sudah tidak boleh dielakkan lagi.
Selalunya begitulah resam yang berlaku.
Bibit perpecahan dalam PR ini mungkin sesuatu yang menggembirakan Umno, BN.
Sikap PKR dan Pas yang sama-sama tidak bijak mengurus masalah sehingga membawa keuntungan kepada BN adalah juga petaka kepada sebahagian besar rakyat yang selama ini menaruh harapan agar PR bukan saja mampu menjadi pembangkang yang kuat, malah mampu juga mengambil alih tempat BN mentadbir negara.
Sudah ramai yang mulai meluat dengan pergolakan yang berlaku ini.
Pertukaran Abdul Khalid yang sepatutnya mudah dan kalau bergolak pun sekadar ribut dalam cawan, sudah mulai menular kepada isu-isu yang boleh membawa bencana kepada PR sendiri.
Kecuali semua masalah ini segera ditangani secara bersama dengan penuh bijaksana, perpecahan yang mulai menampakkan benihnya dan kiranya berterusan, ia adalah laluan mudah untuk BN terus berkuasa sekurang-kurangnya 50 tahun lagi.
Adalah sesuatu yang malang kerana akhirnya teriakan perubahan hanya menjadikan semuanya berputih mata lantaran kerana ketidakmatangan serta kebodohan yang bertingkek-tingkek.
Dipetik dari blog Shahbudin Husin

0 Komentar untuk "Jika tak mahu Anwar jadi PM kenapa Pas bergabung?"