KUALA LUMPUR - Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata, beliau tidak fikir bahawa rusuhan kaum boleh berulang di negara ini kerana rakyat Malaysia lebih bertamadun, bersatu padu dan hidup aman.
"Secara jujur, saya memberitahu anda perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi kerana hari ini rakyat Malaysia begitu bersatu dan kita bekerja bersama-sama dan makan bersama-sama. Saya tidak fikir di negara ini, anda boleh bercakap mengenai kaum lagi.
"Rakyat Malaysia lebih bertamadun sekarang...dan tidak ada kaum di negara ini tetapi satu, bangsa Malaysia. Apabila saya mati, saya tidak akan mati sebagai orang India tetapi saya akan mati sebagai rakyat Malaysia," kata beliau dalam sidang media di sini, hari ini.
Samy Vellu diminta mengulas amaran oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bahawa insiden rusuhan kaum 13 Mei mungkin berulang jika hubungan antara kaum di negara ini terus tegang.
Samy Vellu yang juga Duta Khas Bagi Infrastruktur Ke India dan Asia Selatan berkata, rakyat Malaysia harus menganggap rusuhan kaum yang pernah berlaku pada masa lalu sebagai mimpi dan melupakannya.
Dalam pada itu, Samy Vellu berkata, Persidangan Antarabangsa Pengajian Tamil kali ke-9 akan diadakan hujung Januari tahun depan di Universiti Malaya, di sini dan dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, persidangan empat hari itu bertujuan menghimpunkan sarjana dan pakar bahasa dan sastera Tamil untuk berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dalam memperkasakan bahasa Tamil.
"Persidangan ini dijangka akan memberi impak positif terhadap perkembangan bahasa dan sastera Tamil di Malaysia dan seluruh dunia.
"Ia juga bakal memberi nafas baharu kepada sekolah-sekolah dan pelajar Tamil di negara ini," katanya. - Bernama

0 Komentar untuk "Tiada lagi rusuhan kaum, rakyat lebih beradab"