Dapur jalanan boleh dilarang jika Putrajaya bela gelandangan, kata Kadir Jasin - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Dapur jalanan boleh dilarang jika Putrajaya bela gelandangan, kata Kadir Jasin

Dapur jalanan boleh ditutup jika Putrajaya boleh menjamin untuk membela nasib semua gelandangan, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail The Malaysian Insider.
Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin menyokong penuh larangan Putrajaya terhadap badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti dapur jalanan tetapi dengan syarat nasib semua gelandangan dapat dibela.

"Saya menyokong penuh keputusan menteri Wilayah Persekutuan mengenakan larangan operasi dapur jalanan dalam lingkungan 2km dari Bukit Bintang.

"Saya juga menyokong sebarang keputusan yang melarang terus dapur jalanan diadakan di semua tempat termasuk di Kuala Lumpur, jika kerajaan dapat memastikan setiap orang termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak (yang kini diberi makan oleh sukarelawan) dapat dijaga," katanya dalam tulisan di blognya hari ini.

Kadir berkata, kehadiran NGO, sukarelawan dan penderma tampil menghulurkan bantuan kerana usaha kerajaan memberi makanan dan menolong orang miskin selama ini tidak mencukupi.
"Jika (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) dan menterinya (Datuk Seri) Tengku Adnan Tengku Mansor (Wilayah Persekutuan) dan (Datuk Seri) Rohani Abdul Karim (Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat) sedia untuk menjaga kebajikan golongan tertindas ini, sukarelawan dan penderma boleh mula memikirkan cara lain untuk membantu masyarakat," katanya.

Bekas ketua pengarang New Straits Times (NST) itu turut menasihati Jemaah menteri supaya sering turun padang dan berjumpa dengan rakyat kerana ia juga akan meningkatkan taraf kesihatan mereka.

"Menteri kita akan lebih sedar tentang masalah hidup rakyat jika mereka dapat kurangkan masa duduk di kerusi empuk pejabat atau berjalan dikelilingi pengawal peribadi," katanya.

Katanya, 1Malaysia akan lebih bermakna jika mereka dapat menunjukkan keikhlasan dan kejujuran dalam melaksanakan janji rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Kadir turut mempersoalkan sama ada arahan Tengku Adnan itu mempunyai kepentingan kepada pemilik bangunan Lot 10, YTL Corporation dan Pengarah Urusannya, Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping.

Katanya, Francis sebelum ini secara terbuka mengisytiharkan dirinya bukan kroni bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya yakin pemilik hartanah mewah lain juga tidak suka dapur jalanan beroperasi di sekitar kawasan mereka.

"Jadi mengapa Lot 10 saja yang diberi keutamaan oleh kerajaan?" soalnya.

Katanya, isu kemelaratan bandar perlu dilihat dalam konteks lebih besar iaitu daripada segi perbezaan taraf ekonomi, pengangguran, kemiskinan dan perlindungan kepada golongan terbabit.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Adnan Md Ikhsan selepas bermesyuarat dengan 12 NGO semalam memutuskan, Putrajaya akan menguatkuasakan larangan itu selepas Aidilfitri.

Adnan berkata, larangan itu dikenakan kepada dapur jalanan bergerak, manakala NGO dengan premis yang sesuai dan dilengkapi dapur sendiri serta ruang makan boleh beroperasi seperti biasa. – 9 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dapur-jalanan-boleh-dilarang-jika-putrajaya-bela-gelandangan-kata-kadir-jas#sthash.HLCW5buK.dpuf
0 Komentar untuk "Dapur jalanan boleh dilarang jika Putrajaya bela gelandangan, kata Kadir Jasin "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI