Puak Anwarinas diseru setia pada Presiden - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Puak Anwarinas diseru setia pada Presiden



KUALA LUMPUR, 28 Julai – Tekanan kepada kumpulan ulama PAS yang diketuai oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi bin Awang semakin meningkat, baik dari dalam mahupun luar parti.
Tekanan ini memuncak ekoran pendirian Haji Hadi yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk terus kekal selaku Menteri Besar Selangor memandangkan tiada sebarang alasan kukuh untuk menukar beliau.
Pendirian ini bertentangan dengan pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menggantikan Khalid dengan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.
Kumpulan ulama PAS selama ini sudah beberapa kali menyuarakan pendirian tidak bersetuju dengan keputusan Anwar termasuk tindakan mewujudkan ‘Kajang move’, meletakkan Wan Azizah sebagai calon PRK Kajang dan terbaru, cadangan Anwar untuk menukar Khalid sebagai MB Selangor kepada Wan Azizah.
Kumpulan pro-liberal yang dilihat sebagai proksi Anwar di dalam PAS mempertikaikan pendirian Haji Hadi sebagai bukan keputusan rasmi parti dan hanya pandangan peribadi semata-mata.
Kumpulan tersebut kini meningkatkan tekanan kepada Haji Hadi supaya menerima cadangan Anwar untuk menukar Khalid yang dikatakan telah diperakui dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PR.
Beberapa orang pemimpin PAS daripada kumpulan pro-liberal ini membayangkan bahawa perpecahan PR tidak mustahil akan berlaku dan jika terjadi PAS hanya akan kembali ke tahap lama seperti dahulu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi amaran kepada PAS bahawa PR kemungkinan besar akan berpecah jika Haji Hadi tidak menghormati dan menidakkan persetujuan Majlis Pimpinan PR yang akan menggugat kredibiliti gabungan tersebut.
PKR juga melalui Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution meminta Haji Hadi menghormati keputusan tersebut dan mengingatkan bahawa prinsip inilah yang selama ini digunakan untuk menentukan menteri besar di negeri Pakatan lain termasuk di Kedah dan Kelantan dahulu yang diberikan kepada PAS.
Dalam satu kenyataan media oleh Mursyidul Am PAS, Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat meminta ahli-ahli PAS supaya meletakkan keutamaan ketaatan kepada Haji Hadi dan menempelak pihak-pihak lain yang turut sama ingin menjadi nakhoda dalam parti.
0 Komentar untuk "Puak Anwarinas diseru setia pada Presiden"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI