PKR tuntut Hadi jawab dua perkara - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PKR tuntut Hadi jawab dua perkara

SHAH ALAM - PKR hari ini meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian sama ada akan mengenakan tindakan disiplin ke atas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki kerana mengutarakan cadangan yang didakwa mengkhianat PR.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan turut mempersoalan, berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat Pas yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti Dr Zuhdi supaya PR tahu pendirian mereka.

"Kita mahu tahu dan bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada PR dalam perbincangan tertutup seperti ini?

"Saya yakin selama ini bahawa kebersamaan Pas di dalam PR yang membawa pendekatan melalui dakwah kepada orang bukan Islam telah banyak membantu meningkatkan syiar Islam.

"Pendekatan itu melunakkan pandangan banyak orang bukan Islam yang melihat keadilan kepada semua yang dibawa oleh Islam melalui PR, selaras dengan sifat Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam," katanya.

Terdahulu, analisis senario politik PR di Selangor yang ditulis Dr Zuhdi di komunikasi Whatsapp grup AJK Pas Pusat bocor kepada umum.

Menurut Rafizi, antara perkara yang dinyatakan Dr Zuhdi termasuklah supaya Pas mempertimbangkan untuk keluar PR dan bersama-sama Umno dengan menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malah, beliau mempertimbangkan juga supaya seorang Adun PKR melompat bersama-sama Pas keluar PR untuk bergabung dengan Umno demi mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Selain itu, dr Zuhdi turut didakwa menyatakan perancangan bagaimana menggunakan kuasa di Selangor hasil dari penggabungan dengan Umno dan Pas itu untuk menekan bukan Melayu.

"Ayat yang digunakan olehnya bukanlah ayat yang membicarakan kemungkinan (atau senario), tetapi melambangkan sentimen kebencian dan semangat perkaumannya.

"Dia juga secara tidak langsung menyatakan persetujuan kepada tindakan-tindakan yang diambil Jais terhadap penganut agama lain setakat ini," ujar Rafizi lagi.

Selain itu, Dr Zuhdi turut didakwa merancang bagaimana menggunakan kuasa di Selangor hasil dari penggabungan dengan Umno dan Pas itu untuk mengubah persempadanan pilihan raya agar berat sebelah dan mengenepikan orang bukan Melayu.

"Cadangan dan pertimbangan Dr Zuhdi ini melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh Pas – baik secara dalaman atau dengan rakan-rakan politik dan NGO lain," katanya.

Tambah Rafizi lagi, lebih dikesali, Dr Zuhdi sedikit pun tidak menafikan menulis mesej itu malah cuba memberi pelbagai alasan.

"Tidak kiralah apa alasan yang diberikan oleh Dr Zuhdi, kenyataan-kenyataan beliau yang berikut seperti di dalam komunikasi Whatsapp tidak boleh dinafikan lagi," katanya lagi.

0 Komentar untuk "PKR tuntut Hadi jawab dua perkara"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI