KUALA LUMPUR - Sebuah jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi memastikan perlaksanaan hukum hudud lebih difahami oleh masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.
Senator Dewan Negara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pembangunan negara berdasarkan hukum hudud perlu dilakukan secara bertahap supaya perencanaan hukum syariah tersebut boleh dilakukan dengan lancar.
"Kita harus lihat dan ambil kira masyarakat di sekeliling kita, secara keseluruhannya masyarakat tidak bersedia untuk memberi peluang kepada kerajaan untuk melaksanakan hukum tersebut kerana mereka tidak tahu perlaksanaan hudud secara mendalam dan menyeluruh.
"Kita perlu buat beberapa pindaan pada perlaksanaan hukum tersebut kerana kita perlu menyesuaikan perlaksanaan hukum hudud dengan masyarakat kita yang berbilang kaum dan bangsa," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Mengulas lanjut, beliau turut menegaskan perlaksanaan hudud bukan sahaja melibatkan kanun jenayah syariah malah penjelasan kukuh dan meluas mengenai hudud dalam bidang pentadbiran, pendidikan, batas pergaulan dan politik harus disebarkan kepada orang ramai supaya mereka memahami hukum tersebut dengan lebih mendalam.
Jelasnya lagi, isu agama sering kali dijadikan bahan dan gimik dalam perang politik oleh barisan pemimpin politik tanah air, sekaligus menjadikan langkah penyelesaian perlaksanaan hudud lebih rumit dari yang dijangka.
"Percanggahan mengenai kefahaman agama sering diperdebatkan oleh pemimpin politik, malah ianya sudah dihighlightkan dalam pemikiran masyarakat, perbahasan yang tercetus ini akan terbawa-bawa sehingga mencetuskan tanggapan negatif terhadap Islam sendiri.
"Jika semua pihak dapat bersatu dan menerima hudud dalam pentadbiran negara ini, saya percaya kita mungkin dapat menolak ketirisan dan kepincangan yang berlaku dalam apa jua bidang sekali pun," katanya lagi.

0 Komentar untuk "Tubuh jawatankuasa khas perjelas hudud"