MASIHKAH anda ingat dengan filem The Amazing Spider-Man yang ditayangkan dua tahun lalu. Jika bagi anda filem yang pertama lebih berbentuk komikal, sekuel kali ini dilihat lebih realistik.
Apatah lagi, filem yang kali ini mempunyai konflik lebih sarat turut merungkai segala misteri dan pertanyaan yang sebelum ini tidak dileraikan dalam mana-mana filem Spiderman.
Terutamanya punca kematian ibu dan bapa Peter Parker.
Masih mengekalkan Andrew Garfield sebagai watak Spider-Man iaitu seorang jurugambar sambilan bernama Peter Parker dan Emma Stone membawa watak Gwen Stacy, filem ini juga turut menampilkan lakonan hebat daripada Jamie Foxx, Shailene Woodley, Dane DeHaan, Colm Feore, Paul Giamatti dan Sally Field.
Jika dalam filem I, Frankenstein, manusia mencipta manusia pada masa lampau dengan hasil pengecasan elektrik belut, kali ini dalam The Amazing Spider-Man 2, manusia mendapat kuasa apabila seorang lelaki terjatuh ke dalam tangki belut listrik.
Dek kerana itu, Max (Foxx) mendapat kuasa luar biasa dan mempunyai kuasa untuk menyerap kuasa elektrik dan seterusnya berubah menjadi Elektro.
Bukan saja mampu mengendalikan electricity atau medan listrik, Max atau Electro juga berkebolehan mengawal dan menghancurkan dunia sekali gus menjadikan kuasanya itu sebagai senjata untuk mempertahankan diri.
Konflik juga tercetus apabila Peter bertemu dengan teman lamanya, Harry Osborn lakonan Dane DeHaan. Pertemuan yang tidak dirancang itu telah memberikan Peter pelbagai petunjuk tentang kehidupan masa lalu khususnya kematian kedua orang tuanya.
Adakah dendamnya semakin membuku apabila mengetahui kisah lamanya? Mampukah Spider-Man menewaskan penjahat yang mempunyai kuasa mutan itu?
Rungkai misteri
Tayangan filem sekuel The Amazing Spider-Man, sememangnya amat dinanti-nantikan bukan sahaja oleh peminat komik Marvel, bahkan peminat siri adiwira itu.
Seperti filem-filem Spiderman yang pernah ditayangkan sebelum ini, filem The Amazing Spider-Man 2 masih lagi mengekalkan jalan cerita berdasarkan komik asal dan tidak lari dari cerita sebenar.
Kali ini menceritakan kehidupan Peter Parker yang terpaksa berlawan dengan konflik jiwa kerana terpaksa menjauhkan diri daripada Gwen Stacy selepas berjanji dengan bapa wanita itu sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Konflik bermula apabila Max yang begitu obses dengan Spiderman terkena renjatan elektrik dan jatuh ke dalam tangki belut listrik sewaktu membaiki kerosakan yang berlaku di makmal tempat kerjanya.
Nasib tidak menyebelahi Max apabila dia mula berubah dan mempunyai kuasa untuk menyerap kuasa elektrik dan berubah menjadi Elektro. Dia kemudiannya merayau ke kawasan tumpuan dan menimbulkan kebimbangan orang ramai termasuklah
Spiderman. Pada awalnya, Max cuba untuk meminta pertolongan Spiderman terhadap apa yang terjadi.
Bagaimanapun, tindakan seorang anggota polis yang melepaskan tembakan ke arahnya, menyebabkan dia berang serta menganggap Spiderman bersubahat dengan anggota polis untuk memerangkapnya.
Dari situlah bermulanya kebencian Max ataupun Elektro kepada Spiderman. Konflik bertambah apabila sahabat baik Peter, iaitu Harry menginginkan darah Spiderman untuk merawat penyakit ganjil yang dihidapi, namun permintaannya tidak berhasil.
Akibat marah dan dendam, Harry telah berusaha mencari Elektro dan bergabung tenaga untuk mengalahkan Spiderman.
Lebih menarik, filem ini turut mendedahkan tentang identiti sebenar ibu bapa Peter dan kaitannya dalam Oscorp Industries hingga bapanya disingkirkan.
Justeru dalam pada Parker cuba merungkai misteri, akan ada pertarungan demi pertarungan yang cukup menarik antara Parker dan Elektro yang cukup menarik dan mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ditonton dalam format 3-Dimensi.
Bukan itu sahaja, anda juga pasti akan pecah perut melihat Spider-Man bertukar menjadi ahli bomba ketika dalam usaha mengalahkan Elektro.
Fokus percintaan
Tidak hanya padat dengan aksi, konflik juga menyelubungi Parker kali ini mengenai percintaannya dengan Gwen.
Apatah lagi, mereka yang saling mencintai perlu melupakan antara satu sama lain kerana Parker terikat dengan janjinya terhadap mendiang ayah Gwen manakala Gwen berhasrat berpindah ke England kerana mahu melanjutkan pelajaran ke Oxford.
Bahkan di sebalik pertarungan dengan Elektro dan mengawal keinginan kawan baiknya, Parker harus sama berusaha mendapatkan Gwen sebelum dia meninggalkan.
Lakonan mantap
Sementara itu, lakonan Garfield juga dilihat lebih berkesan kali ini, lebih-lebih melibatkan babak romantik dan sedih bersama Stone.
Apatah lagi seperti diketahui umum, Garfield dan Stone sememangnya bercinta di luar set penggambaran membuatkan ada beberapa babak kelihatan lebih real dan tidak di buat-buat.
Kehadiran Fox dan DeHaan juga banyak membantu memantapkan lagi jalan cerita membuatkan durasi cerita yang melebihi dua jam tidak terasa bosan.
Bagi mengetahui apakah yang berlaku kepada Parker lebih-lebih dalam kemalangan melibatkan kekasihnya dan nasib Harry, jangan lupa menyaksikan filem ini di pawagam.
The Amazing Spider-Man 2
PENGARAH : Marc Webb
PELAKON : Andrew Garfield, Emma Stone, Shailene Woodley, Dane DeHaan, Jamie Foxx, Sam Clafin.
GENRE : Aksi/Pengembaraan
DURASI : 2jam 22minit
KLASIFIKASI : P13
TAYANGAN : 01 Mei 2014
KESELURUHAN : * * * * * GERENTI NAK TONTON LAGI!
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/sekuel-spiderman-padat-aksi-1.276421

0 Komentar untuk "Sekuel Spiderman padat aksi"