BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Kod Panel Syariah diperkenalkan di Brunei tidak menggalakkan penindasan atau kekejaman.
Kenyataan itu disampaikan mufti negara itu, Awang Abdul Aziz selepas ia diumumkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam.
“Memotong tangan, rejam atau sebat tidak dilakukan sebarangan. Ada syarat yang adil sebelum dilaksanakan,” katanya kepada The Brunei Times.
Pelaksanaan hukuman itu turut diterima seorang paderi Kristian yang berharap, undang-undang itu tidak dilaksanakan terlalu ketat seperti dalam undang-undang bertulis.
Sementara itu, Peguam Negara, Hayati Pehin Mohd Salleh mengingatkan rakyat supaya tidak memberi tumpuan kepada hukuman kerana itu bukan matlamat hukuman syariah.
“Ia penting kepada masyarakat untuk memahami perbezaan antara keterangan saksi, qisas dan tiada percanggahan fakta,” katanya.
Beliau berkata, kod itu mengambil kira hak-hak mangsa atau warisan mangsa termasuk ahli keluarga.
“Hukuman untuk membunuh adalah hukuman mati, sebelum ia dilaksanakan waris mangsa boleh memaafkan (qisas) atau meminta pampasan (diyat) dan mahkamah atau kerajaan tidak boleh mencampuri urusan ini. Bagi hukuman sebatan, ia sama seperti dilakukan oleh mahkamah sivil,” katanya.
Pelaksanaan hudud sebelum ini mendapat kritikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antarabangsa apabila menyifatkan hukuman itu sebagai satu bentuk penyeksaan.
http://www.sinarharian.com.my/global/reaksi-hudud-di-brunei-1.276087
0 Komentar untuk "Reaksi hudud di Brunei"