KUALA LUMPUR - Sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka 'geng kotak' tidak semena-mena menimbulkan provokasi sewaktu himpunan bantah GST, petang tadi.

Kumpulan anak muda berpakaian hitam ini tiba-tiba sahaja melanggar benteng Unit Amal untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Pergelutan itu, sedikit sebanyak 'mencemarkan' himpunan kali ini yang pada umumnya dilihat terkawal.

Kumpulan berbaju hitam ini kelihatan ganas kerana sebilangannya memakai topeng dan ada yang membawa suar.

Keadaan cemas itu bagaimanapun kembali terkawal apabila rundingan dicapai antara kedua-dua pihak.

Kumpulan ini kemudiannya dibenarkan memasuki jalan utama berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/geng-kotak-cetus-provokasi-1.276022