BELUM pun rang undang-udang hudud dibawa ke Parlimen, kekecohan politik yang melanda parti komponen BN dan bersekutu dalam PR semakin memuncak.
DAP kata hudud adalah perangkap yang dipasang Umno untuk pecahkan PR, manakala MCA kata ia adalah perangkap Pas terhadap Umno.
MCA juga dakwa DAP terperangkap dengan Pas. Tak kiralah siapa perangkap siapa. Yang nyata, DAP memberi amaran akan keluar PR jika Pas meneruskan hasratnya. Bagi mereka, hudud bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan mesti dihalang.
PKR, walaupun masih keliru sama ada parti berakar Melayu atau pelbagai kaum, lebih condong untuk bersama DAP kerana berpegang kepada persefahaman politik yang ditandatangani Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 18 November 2009 di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor.
Persefahaman disaksikan Kit Siang, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju tidak menegakkan negara Islam, tidak melaksana atau memasukkan hukum hudud dalam manifesto bersama. Anwar mengulangi pendirian PKR mengenai hudud pada 8 November 2011, Mei 2012 dan bulan lalu.
Dengan kata lain, DAP dan PKR melihat Pas sebagai parti yang tidak pegang janji. Mereka boleh tinggalkan Pas kerana tidak mahu ambil risiko dikutuk pengundi dan penyokong kerana bersekongkol dengan puak ekstremis. Manakala Pas tanpa malu masih berharapkan sokongan sekutunya.
“Pada saya masa ini, kalau Anwar tidak mahukan kita dan DAP pun tak mahukan kita, saya kata tetap mahukan DAP dan mahukan Anwar. Kalau Anwar dan DAP tidak mahu datang kepada kita, kita akan pergi kepada Anwar dan DAP," kata Subky Latif (Harakah, 10 Februari 2014). Cukup sedih kedudukan Pas kini berbanding 20 atau 30 tahun lalu.
Isu hudud juga memberi tekanan kepada BN. MCA paling lantang, dan menyediakan 100 peguam untuk memulakan tindakan undang-undang jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.
Ia berkempen mendapat satu juta tandatangan untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Juga mengugut akan keluar BN jika rang undang-undang ini diluluskan di Parlimen dan disokong Umno. Parti lain seperti Gerakan, MIC dan SUPP menyokong pendirian MCA.
Andainya PR berpecah dan beberapa parti komponen keluar BN kerana hudud, ini satu senario menarik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara kita. Manakala DAP dan Pas pernah berkecai kerana isu sama sedekad lalu sehingga mereka berlawan sesama sendiri dan kalah teruk dalam Pilihanraya Umum 2004, BN tidak mempunyai rekod begitu.
Gabungan Umno, MCA dan MIC adalah teras Perikatan sejak 1955, dan penubuhan BN 40 tahun lalu sehingga kini mempunyai 14 parti komponen. Untuk rekod, Timbalan Presiden Umno, Tun Musa Hitam pernah menggesa MCA keluar BN pada 1980-an untuk urus masalah dalaman parti itu dan masuk semula apabila selesai. Namun, ini tidak berlaku dan MCA tetap dalam BN.
Justeru, prospek perpecahan PR dan BN kerana hudud bakal membuka ruang dan kemungkinan yang pelbagai. Asosiasi politik akan berubah, ikatan baharu boleh berlaku.
Mungkinkah semua parti, gerakan dan NGO yang menentang hudud (DAP, MCA, PKR, MIC, Gerakan, Majlis Peguam, Sisters in Islam dan lain-lain) di satu sudut dan parti, pertubuhan dan NGO pro-hudud di satu sudut yang lain?
Seperti dijangka, pemimpin Pas pun berbelah bahagi juga. Pemimpin Pas di Kelantan terutama Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sangat bertegas mahu melaksanakan hudud sekarang.
Mengguna analogi Nik Aziz , sekarang adalah masanya kerana tiada lagi lampu merah. Kini lampu sudah hijau, tidak perlu brek lagi.
Beliau pernah berkata: “Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum tersebut selepas diberikan kuasa adalah berat dosanya, yakni kedua selepas kafir.” (Harakah, 20 November 1998).
Mungkin inilah tekanan yang dialami sekian lama menjadi Menteri Besar Kelantan, justeru beliau mahu melihat hudud dapat dilaksanakan di Kelantan semasa hayat masih ada.
Tapi pemimpin Pas lain mempunyai pandangan berbeza. Abdul Hadi sendiri pernah mengakui hudud perlu melalui proses panjang sebelum dapat dilaksanakan. Lagipun, hudud adalah aspek yang kecil sahaja, yakni 0.0001 daripada hukum Islam.
Jadi, apa perlu tergesa-gesa? Beberapa pemimpin pro-Anwar dalam Pas pula berpendapat menang pilihan raya adalah lebih penting dan perlu didahulukan berbanding melaksanakan hudud.
Kata mereka, hudud boleh ditangguhkan kerana fokus Pas untuk menang PRU14. Apabila memerintah negara, boleh buat pungutan suara (referendum) di Kelantan. Pandangan ini disokong beberapa tokoh agama pro-Pas, menjadikan keadaan lebih kelam kabut.
Malah, mereka cadangkan hudud di Kelantan ikut hudud di Brunei, yakni hukumannya boleh dikenakan ke atas orang Islam dan bukan Islam. Padahal, kerajaan Pas Kelantan memberi jaminan orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hudud tidak membabitkan mereka.
Tapi persoalan lebih asas ialah bolehkah Pas memerintah negara jika PR berpecah ketika itu?
Andai pun PR dapat memerintah, apa jaminan hudud dapat dilaksanakan, baik di Kelantan mahupun seluruh negara?

0 Komentar untuk "Hudud dan perikatan politik"