WALAUPUN kali pertama menyertai PRK, namun keramahan dan keletahnya berbual dengan orang ramai nampak bersahaja.
Beliau tidak kekok dan berasa janggal ketika berada dalam kelompok ramai.
Mungkin pengalamannya sebagai peguam membuatkan beliau begitu mudah menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
Walaupun sebelum ini, tidak ramai mengenali nama ABU BACKER SIDEK MOHAMAD ZAN, namun selepas menawarkan diri sebagai calon Bebas bagi PRK Parlimen Gelugor, nama itu semakin mendapat perhatian ramai.
Anak kelahiran Kampung Makam, Pulau Pinang yang berusia 46 tahun ini berkhidmat sebagai peguam di Kuala Lumpur sejak lebih 20 tahun dan kini mahu menceburi bidang politik bagi membela nasib rakyat khususnya golongan miskin di negara ini.
Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman yang mendekatinya untuk mendapatkan huraian berkaitan beberapa persoalan yang dibangkitkan.
Boleh ceritakan serba sedikit latar belakang saudara?
Saya merupakan anak jati Pulau Pinang yang membesar di negeri ini sejak kecil lagi. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Francis Light dan meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainol Abidin. Saya menyambung tingkatan enam di Methodist Boy’s School sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya.
Saya dilahirkan bukan dari kalangan keluarga yang kaya, sebaliknya kehidupan sewaktu kecil sangat susah.
Ibu saya hanya penjual nasi lemak dan saya akan membantu ibu menjual nasi lemak dengan cara berjalan kaki pusing keliling kampung.
Disebabkan pernah merasai peritnya kehidupan sebagai orang miskin membuatkan saya bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mengubah nasib keluarga.
Alhamdulillah kini saya berjaya menjadi seorang peguam dan mempunyai firma guaman sendiri di Kuala Lumpur.
Selain itu, saya mempunyai perniagaan di luar negara termasuk di Madinah dan Dubai.
Nama saudara sebelum ini tidak dikenali umum khususnya di Bukit Gelugor. Namun secara tiba-tiba saudara menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas di kawasan ini. Mengapa memilih bertanding dalam PRK Bukit Gelugor?
Saya mempunyai pendirian tersendiri memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas kerana saya tidak mahu terikat dengan mana-mana parti politik. Saya berhak menegur apa sahaja kelemahan yang dilakukan sama ada di peringkat kerajaan negeri mahupun Pusat. Jika saya berada dalam sesebuah parti sudah pasti saya tidak mempunyai ruang untuk mengkritik atau menegur kelemahan mereka.
Namun kehadiran saya bukan semata-mata mahu mencari kelemahan dan mengkritik kerajaan, sebaliknya mahu bersama-sama berganding dengan pihak yang benar dalam memajukan rakyat dan negara.
Jika kerajaan buat perkara yang baik, saya akan memberi sokongan sepenuhnya, namun jika kerajaan melakukan perkara yang tidak sepatutnya saya akan memberi teguran dan bersama berkongsi idea dalam menyelesaikan sesuatu isu yang berbangkit.
Saya suka cabaran dan disebabkan itu memilih untuk bertanding di Bukit Gelugor. Saya juga peguam, manakala calon DAP yang menggantikan mendiang bapanya juga peguam.
Jadi saya rasa ia bukan masalah besar bagi saya untuk bertanding dengannya dan dua calon lain.
Walaupun pada PRU lalu, Karpal Singh mendapat majoriti lebih 40,000 undi, namun itu tidak menggentarkan saya kerana yang bertanding ini adalah anaknya dan belum tentu dia akan mendapat sokongan sedemikian.
Memang sudah lama berhasrat untuk berbakti kepada masyarakat tetapi saya mahu membuat persediaan yang rapi terlebih dahulu termasuk keadaan ekonomi saya sendiri.
Alhamdulillah kini saya mampu dengan berkat usaha selama ini dan rezeki yang diberikan ALLAH SWT.
Boleh saudara jelaskan perjuangan dan manifesto yang akan ditawarkan kepada masyarakat di Bukit Gelugor?
Isu rakyat menjadi agenda utama saya. Kalau diberi kesempatan menjadi ahli Parlimen, saya akan memperjuangkan nasib rakyat terutama golongan bawahan dan membawakan suara mereka dengan lantang di Parlimen. Dari rakyat untuk rakyat dan demi agama, bangsa serta negara. Itu yang akan diperjuangkan saya.
Adakah penyertaan saudara dalam politik disokong ahli keluarga? Apa reaksi mereka apabila mengetahui saudara mahu bertanding PRK Bukit Gelugor?
Pada mulanya isteri dan anak-anak tidak bersama saya apabila meluahkan hasrat mahu bertanding, malah mereka juga mahu saya fokus kepada firma guaman dan perniagaan. Bagaimanapun apabila saya ceritakan niat saya untuk membela dan memperjuangkan nasib rakyat, mereka akhirnya bersetuju dan kini menjadi penyokong kuat.
Selain ahli keluarga, sahabat dan pemikir saya juga banyak memberi pendapat dan cadangan. Malah ada rakan dan imam masjid di Madinah meminta saya melakukan solat istikharah sebelum membuat keputusan untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.
Imam berkenaan berkata kalau saya menang dalam PRK ini adalah disebabkan ALLAH SWT memilih saya untuk memperjuangkan hak rakyat dan kalau saya kalah, ALLAH SWT nak selamatkan dari kekotoran politik.
Bagaimana pula tahap keyakinan saudara untuk bertanding dan apakah pembaharuan yang akan dilakukan di Bukit Gelugor?
Saya hanya berserah kepada ALLAH SWT. Bagaimanapun saya akan berusaha sehabis baik untuk meyakinkan pengundi di kawasan itu agar memilih saya.
Bagaimanapun, hasil kajian yang saya lakukan sebelum ini selain pelbagai isu yang saya bangkitkan, saya yakin akan mendapat sokongan daripada pengundi dan sekurang-kurangnya tidak akan hilang deposit.
Mengenai pembaharuan yang akan dilakukan sekiranya diberi mandat oleh pengundi, saya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap masalah yang dihadapi semua lapisan masyarakat di kawasan ini tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa.
Pendapat saudara mengenai keadaan semasa dan politik di Pulau Pinang?
Banyak isu rakyat yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri. Contohnya masalah peniaga, masalah pemandu teksi, perumahan dan banyak lagi isu yang berkait rapat dengan rakyat.
Jika sebelum ini kerajaan negeri yang diterajui PR melaungkan mereka ini adalah mesra rakyat namun ia langsung tidak dapat direalisasikan lagi kerana banyak lagi isu yang gagal diselesaikan dengan baik.
Selain itu, isu agama termasuk penggunaan kalimah ALLAH dan hukum hudud dipandang remeh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Sebelum mengakhiri wawancara ini mungkin ada kata-kata untuk pengundi di Bukit Gelugor?
Saya berharap masyarakat di Bukit Gelugor dapat memberi peluang kepada saya untuk membuktikan kebolehan saya menjadi wakil mereka. Janji saya untuk membela rakyat dan memperjuangkan nasib mereka akan saya tunaikan.

0 Komentar untuk "Abu Backer: Serik jalani hidup dalam kemiskinan"