SHAH ALAM – Maklum balas kerajaan menyatakan tidak pernah menolak hudud dilihat petanda baik yang memungkinkan untuk hukum itu dilaksanakan di peringkat negeri seterusnya nasional.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, untuk menjadikan ia kenyataan, satu titik pertemuan bagi membincangkan hal tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu.
Menurutnya, suara semua pihak patut didengari sebelum sesuatu hukum itu boleh dijalankan kerana ia berkaitan dengan imej Islam.
“Persetujuan diperoleh bukan dengan paksaan, tetapi penerangan secara mendalam hukum itu perlu diberi terlebih dahulu kepada semua lapisan masyarakat agar diterima dengan sendiri.
“Apabila kerajaan menerima hukum hudud ini, ahli Parlimen kerajaan sepatutnya tidak terhalang menyokong usaha sesetengah negeri termasuk Kelantan melaksanakannya di peringkat negeri,” katanya, semalam.
Beliau berkata, jika hukum hudud berjaya dilaksanakan di Kelantan, ada peluang cerah peringkat nasional boleh laksanakan juga.
“Namun langkah berhati-hati perlu sentiasa diamalkan agar apa yang mahu dijalankan mendatangkan kesan positif kepada semua,” katanya.

0 Komentar untuk "Petanda baik laksana hudud"