TAHUN lalu, peminat setia filem Lord Of The Ring (LOTR)
mengikuti prekuel kepada siri filem LOTR iaitu The Hobbit: An
Unexpected Journey (THAUJ) yang diadaptasi sebahagian dari buku untuk
kanak-kanak berjudul The Hobbit (1937) tulisan J.R.R. Tolkien.
Ia membawa penonton mengikuti pengembaraan Bilbo Baggins (Martin Freeman) bersama 13 orang kerdil yang diketuai oleh Thorin Oakenshield (Richard Armitage) serta diiringi oleh ahli sihir Gandalf (Ian McKellen), berlaku 60 tahun sebelum kisah dalam filem siri filem LOTR.
Thorin mahu menuntut semula kampung pergunungan milik mereka iaitu Lonely Mountain yang kini dirampas oleh seekor naga bernama Smaug.
Menerusi The Desolation of Smaug yang sudah menemui penonton sejak 12 Disember lalu, fokus filem ini ialah naga Smaug, penjaga harta karun Erobar yang dicari Bilbo Baggins dan rakan-rakanDwarfnya.
Selepas berjaya merentasi Misty Mountains, Thorin dan kumpulannya harus mendapat bantuan seorang yang tidak dikenali dan berkuasa sebelum merentas Mirkwood Forest - tanpa ahli sihir mereka.
Kalau mereka tiba di kawasan manusia Laketown, tibalah masanya untuk Hobbit Bilbo menunaikan perjanjiannya dengan kumpulan Dwarf. Mereka harus sampai ke Lonely Mountain dan perompak Bilbo mesti mencari Secret Door yang akan memberi mereka peluang mencapai harta karun naga Smaug.
Masih mengekalkan Peter Jackson selaku pengarahnya, filem ini menggabungkan muka lama dan beberapa muka baharu.
Antara pelakon yang terlibat di dalam filem ini adalah Ian McKellen, Martin Freeman, Cate Blanchett, Orlando Bloom, Ian Holm, Christopher Lee, Hugo Weaving, Elijah Wood, Andy Serkis, Richard Armitage, Jed Brophy, dan Adam Brown.
Di samping John Callen, Stephen Fry, Ryan Gage, Mark Hadlow, Peter Hambleton, Stephen Hunter, William Kircher, Sylvester McCoy, Bret McKenzie, Graham McTavish, Mike Mizrahi, James Nesbitt, Dean O’Gorman, Lee Pace, Mikael Persbrandt, Conan Stevens, Ken Stott, Jeffrey Thomas, Aidan Turner, Luke Evans, Evangeline Lilly, Barry Humphries, dan Billy Connolly.
Lebih aksi
Perjalanan kali ini tentunya lebih mencabar kerana mereka perlu mengharungi segala dugaan dan cabaran sendirian selepas Gandalf memaklumkan dia terpaksa ke Selatan demi satu urusan.
Thorin bersama-sama Bilbo, memasuki Mirkwood Forest, hutan yang menyesatkan bersama 13 orang kerdil yang lain.
Menariknya, sejak memasuki hutan lagi (durasi lima minit cerita bermula), penonton akan mula disajikan dengan aksi-aksi yang cukup mencemaskan apabila mereka diserang oleh sekumpulan labah-labah gergasi.
Sekali lagi, Bilbo menjadi penyelamat untuk kumpulan orang kerdil sebelum diselamatkan oleh sekumpulan Elf yang lain.
Biarpun ditahan oleh kerajaan Elf, Thorin dan orang kerdil yang lain terus menjadi buruan Orc dan dendam Azog yang mengimpikan kepala Thorin.
Lalu, berlaku pertempuran antara Orc, Elf dan orang kerdil yang sekali lagi bakal menyesakkan mata dan mendebarkan bagi sesiapa yang menontonnya.
Jika anda menonton dalam 3-Dimensi (3D) babak pertarungan itu akan menjadi babak yang paling disukai dengan aksi yang cukup mencemaskan dan lucu.
Bilbo dan cincinnya
Bukan sahaja babak pertarungan, pertemuan Bilbo dengan cincin ajaibnya memberi banyak kelebihan kepada Bilbo dalam menyelamatkan kumpulan orang kerdil.
Justeru, tidak hairanlah apabila Bilbo kerap menjadi penyelamat dan terselamat dalam banyak misi pemburuan.
Namun, sesuatu yang bakal disedarinya, cincin itu membuatkan dia hilang sifat kewarasan dan belas kasihan serta suka membunuh.
Bagaimanapun sehingga ke penghujung jalan cerita, tidak ada sesiapa pun yang mengetahui mengenai cincin itu, kecuali Gandalf yang masih lagi berpura-pura tidak tahu dan Smaug yang berjaya menghidu kehadiran Bilbo biarpun dia dalam keadaan halimunan.
Selingan unsur komedi
Tidak hanya mempertaruhkan babak aksi semata-mata, Jackson juga tidak lupa menyelitkan unsur komedi, bagi meringan atau mengurangkan 'tekanan' pada babak-bak aksi.
Namun dalam keterujaan menyaksikan babak-babak aksi dan selingan komedi, serta misi Thorin menyelamatkan kumpulan dan membunuh Smaug, anda pasti akan mengeluh apabila filem ini ditamatkan pada kemuncaknya.
Justeru, bagi mengetahui nasib Thorin, Bilbo, kumpulan orang kerdil dan penduduk di Laketown selepas Smaug mengamuk. Serta jawapan urusan kerja rahsianya di selatan, jangan lupa untuk menyaksikan The Hobbit: The Desolation Of Smaug serta sambungan filem ini, There and Back Again yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan.
The Hobbit: The Desolation Of Smaug
PENGARAH : Peter Jackson
PELAKON : Ian McKellen, Martin Freeman, Cate Blanchett, Orlando Bloom, Ian Holm, Christopher Lee, Hugo Weaving, Elijah Wood, Andy Serkis, Richard Armitage, Jed Brophy, Adam Brown, John Callen, Stephen Fry, Ryan Gage, Mark Hadlow, Peter Hambleton, Stephen Hunter, William Kircher, Sylvester McCoy, Bret McKenzie, Graham McTavish, Mike Mizrahi, James Nesbitt, Dean O’Gorman, Lee Pace, Mikael Persbrandt, Conan Stevens, Ken Stott, Jeffrey Thomas, Aidan Turner, Luke Evans, Evangeline Lilly, Barry Humphries, & Billy Connolly.
GENRE : Aksi / Pengembaraan
DURASI : 2 jam 41 minit
KLASIFIKASI : P13
TAYANGAN : 12 Disember
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/the-hobbit-2-lebih-hebat-1.230560

0 Komentar untuk "The Hobbit 2 lebih hebat"