PPPM: Lima aspirasi tingkat kualiti modal insan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PPPM: Lima aspirasi tingkat kualiti modal insan


Pelajar daripada pelbagai tahap pendidikan dan bangsa membaca 
Buku Laporan Akhir PPPM 2013-2025 di Pusat Konvensyen
 Kuala Lumpur, semalam.

Kuala Lumpur: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah manifestasi transformasi kerajaan paling menyeluruh bagi menghasilkan pulangan terbaik modal insan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menegaskan, modal insan berkenaan bakal memacu hasrat pembangunan negara dari aspek ekonomi, sosial, budaya, teknologi berikutan 11 anjakan strategik dalam pelan berkenaan mengambil kira pencapaian sistem pendidikan sekarang dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa.
“PPPM adalah demi masa depan anak kita. Mereka bakal menerajui negara dan mengambil alih pengurusan serta pentadbirannya.

“Pelan ini komited untuk menyediakan anak dengan kemahiran dalam enam aspirasi pelajar dan ia harus disambut dengan penuh rasa tanggungjawab supaya perencanaan ini dapat dilaksanakan sepenuhnya dan menghasilkan kejayaan, ” ketika pelancaran PPPM, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini semalam.

Yakin cipta kejayaan

Hadir sama, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Muhyiddin melahirkan keyakinan PPPM bakal mencipta kejayaan kerana ia memberi tumpuan kepada semua aspek pendidikan, termasuk teknik, vokasional, inklusif, agama, seni dan sukan, selain merentasi pendidikan peringkat prasekolah hingga lepasan menengah.

“PPPM menyatakan lima aspirasi sistem pendidikan dan enam ciri pelajar yang bakal dicapai dalam tempoh 13 tahun akan datang. Aspirasi itu ialah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

“Untuk memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar tanpa mengira peringkat dan jenis sekolah, saya berani menyatakan semua aspek untuk meningkatkan kualiti pendidikan sudah dikaji dengan teliti dan dibincangkan secara mendalam,” katanya.

Muhyiddin juga menegaskan, untuk menjayakan PPPM, kementerian menetapkan 30 peratus daripada graduan terbaik dari pelbagai institusi pengajian tinggi dipilih menjadikan perguruan sebagai kerjaya utama mereka.

Sejajar perencanaan PPPM yang turut mendengar pandangan ibu bapa, beliau mahu ibu bapa bekerjasama secara erat dengan guru melalui persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

0 Komentar untuk "PPPM: Lima aspirasi tingkat kualiti modal insan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI