Adi Putra Bukan lari tapi berdiam diri - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Adi Putra Bukan lari tapi berdiam diri


Minggu lalu, dunia seni kecoh dengan cerita panas kononnya aktor terkenal, Adi Putra, didakwa mempunyai skandal apabila bertukar-tukar mesej dan gambar lucah dengan peminatnya yang juga isteri orang.

Perkara itu juga sudah menjadi kes polis apabila suami peminat terbabit membuat laporan kepada pihak berkuasa di Johor Bahru, manakala Adi sendiri turut membuat laporan berasingan di Kuala Lumpur atas dakwaan dirinya diugut lelaki yang mengaku suami kepada peminatnya.
Sejak kontroversi itu mula disiarkan akhbar Khamis lalu, Adi belum membuka mulut bagi mengulas perkara berkenaan. Tindakannya yang tidak membalas panggilan telefon menyebabkan lahirnya tanggapan kononnya pelakon KL Gangster 2 ini cuba melarikan diri daripada media.

"Saya bukan melarikan diri, tetapi hanya mendiamkan diri bagi memberi laluan kepada pihak polis meneruskan siasatan," jelas pelakon berusia 32 ini buat kali pertama, tatkala ditemui selepas majlis golf amal dan minum petang Teduhan Kasih Persatuan Insani Darul Takzim di Pulai Spring Resort, Johor Bahru, semalam.

Pada majlis itu juga, wakil media difahamkan terpaksa menunggu hampir empat jam sebelum dapat menemubual Adi yang hadir ditemani isteri merangkap pengurusnya, Aida Yusof.

Masih bebas

Adi turut menjelaskan, jika isu terbabit dikatakan sebagai gangguan seksual, dia sepatutnya sudah berada dalam tahanan reman. Sebaliknya sehingga kini dia masih berada di khalayak ramai.
"Saya tak boleh ulas panjang kerana ini (perkara) sulit. Ada yang bertanya kenapa saya melarikan diri, tidak menjawab telefon dan tidak membalas khidmat pesanan ringkas (SMS)? Apa yang boleh saya katakan, saya cuma mendiamkan diri, bukan melarikan diri.

"Mungkin ada pihak yang tanya mengenai spekulasi dan andaian yang timbul. Saya nak sentuh satu perkara iaitu (dakwaan kononnya berlaku) gangguan seksual. Jika gangguan seksual, saya berada dalam reman dan tidak berada di luar," katanya.

Tegas pelakon ini, dia akan mengadakan sidang media bagi memperjelaskan perkara itu selepas mendapat keputusan dan siasatan selesai dilakukan.

"Saya berpegang dengan kata-kata dan berjanji untuk tidak mengesahkan apa-apa buat masa ini. Daripada pihak saya sendiri, saya berjanji kepada semua rakan media saya akan buat sidang media agar spekulasi dan andaian itu diperjelaskan secara terperinci.

"Bukan saya tidak boleh berkongsi, tetapi saya harus hormati undang-undang kerana ia sudah pun menjadi bahan siasatan. Jika saya beritahu (perkara) ini (sekarang), bermakna saya tidak hormati kerajaan. Jika tidak hormati kerajaan, saya seorang yang tidak berpegang pada janji," katanya.

Tak mahu buka aib orang

Pelakon ini juga enggan membuat ulasan berhubung ugutan yang diterimanya, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

"Berkaitan isu ugutan, saya tidak akan buka aib orang. Kita ada undang-undang dan biar ia yang menetapkannya. Saya tiada kuasa untuk menghukum orang.

"Sebagai manusia biasa pula, sememangnya saya rasa sedikit tertekan dengan isu dan kontroversi yang melanda. Namun berkat doa isteri, keluarga dan rakan, ia dapat mengurangkan tekanan," katanya yang turut mengaku pernah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan.

Sementara itu Aida berkata, dia tidak dapat memberikan sebarang penjelasan untuk menyatakan kes terbabit benar-benar berlaku atau sebaliknya kerana ia masih dalam siasatan.

"Memandangkan banyak spekulasi berterbangan timbul yang mengatakan Adi salah, pihak sana salah, saya ingin jelaskan belum ada apa-apa keputusan dibuat. Saya serahkan semuanya kepada polis untuk selesaikan perkara ini," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bukanlaritapiberdiamdiri/Article/

0 Komentar untuk "Adi Putra Bukan lari tapi berdiam diri"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI