UTC terbesar dibuka hargai rakyat Kedah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

UTC terbesar dibuka hargai rakyat Kedah

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UTCterbesardibukahargairakyatKedah/Article/

Alor Setar: Kerajaan Pusat semalam melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) kelima di Kompleks Bandaraya Alor Setar, di Jalan Kolam Air, di sini. 

Kompleks UTC terbesar negara yang diubah suai dengan kos keseluruhan kira-kira RM50 juta itu disifatkan sebagai hadiah kerajaan kepada rakyat Kedah yang memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali menerajui tampuk pentadbiran negeri itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kompleks transformasi di Kedah adalah UTC pertama dibuka selepas PRU-13, sekali gus menjadi simbol penghargaan kerajaan kepada rakyat negeri itu yang sentiasa memberi sokongan sehingga membolehkan BN merampas semula Kedah daripada PAS. 


Kos RM50 juta 

“Dengan keluasan hampir 76,200 meter persegi dan perbelanjaannya hampir RM50 juta, kita anggap ini sebagai pelaburan tepat. Ini UTC pertama kita lancar selepas PRU-13 dan memang tepatlah kita buat di Kedah. 

“Rakyat Kedah sudah memberi kepercayaan mengembalikan bumi Kedah kepada BN dan inilah pengiktirafan kerajaan BN kepada rakyat negeri ini,” katanya ketika berucap melancarkan UTC Kedah yang dihadiri kira-kira 5,000 rakyat negeri ini. 

Pada majlis itu, Najib turut menandatangani kapsul masa UTC Kedah yang dijadual dibuka semula pada 2020 sempena sambutan Jubli Perak UTC, 25 tahun akan datang. Selain itu, Perdana Menteri membuat pengumuman pertukaran nama Kompleks Bandaraya Alor Setar kepada Kompleks UTC Kedah. 

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

UTC Kedah yang menghimpunkan 32 agensi Kerajaan Persekutuan, badan berkanun dan swasta serta 11 agensi kerajaan negeri sudah memulakan operasinya pada 23 Julai lalu dan hanya ditutup pada cuti umum. 

Turut disediakan di UTC Kedah adalah perkhidmatan baru diperkenalkan iaitu pusat kemudahan komuniti servis yang membolehkan orang ramai membuat permohonan bagi mendapatkan khidmat agensi UTC untuk diadakan di komuniti mereka. 

Najib berkata, UTC terbaru itu lambang kepada inisiatif berterusan kerajaan untuk meningkatkan kaedah penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dengan cara berkesan. 

Katanya, kerajaan sentiasa terpanggil untuk memikirkan kaedah lebih inovatif dan kreatif supaya apa dilakukan akan memberi impak besar kepada kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan yang diberikan kerajaan. 

UTC di setiap negeri 

“Timbul idea mewujudkan UTC di setiap ibu negeri di seluruh negara. Hasrat kita supaya kita dapat menempatkan di bawah satu bumbung segala urusan perkhidmatan kerajaan negeri dan Persekutuan secara bersepadu. 

“Apabila saya membuat lawatan ke negara lain pun, tak ada kerajaan lain di dunia ini yang menyediakan perkhidmatan sebegini untuk kesejahteraan dan keselesaan rakyat,” katanya.
0 Komentar untuk "UTC terbesar dibuka hargai rakyat Kedah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI