Kedudukan BN Makin Genting Pada PRU14 - Kajian Merdeka Center - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kedudukan BN Makin Genting Pada PRU14 - Kajian Merdeka Center

http://networkedblogs.com/ObAQO

Kajian Merdeka Center mengenai bagaimana rakyat Malaysia mengundi pada pilihan raya umum (PRU) lepas memberikan banyak penemuan berguna yang mempunyai implikasi penting untuk pilihan raya akan datang.

The Malaysian Insider telah menyiarkan laporan eksklusif mengenai kajian itu sejak beberapa hari lalu dan ini adalah diantara trend dari penemuan kajian mereka.BN dalam keadaan gentingAngka kerusi marginal meningkat. Terdapat 80 kerusi marginal tahun ini berbanding 63 pada 2008. 

Kerusi marginal adalah di mana margin kemenangan kurang dari 5% dan mempunyai risiko lebih tinggi kepada parti penyandang.Pada masa sama, bilangan kerusi marginal Barisan Nasional (BN) meningkat sekali ganda dari 26 ke 51, isyarat bahawa Pakatan Rakyat (PR) memperkukuhkan kedudukan mereka dari lima tahun lalu dan berjaya menggempur kawasan BN.

Tiga puluh lapan daripada kerusi marginal BN adalah di Malaysia Barat, 10 di Sabah dan tiga di Sarawak.Peningkatan kerusi marginal di Sabah adalah kerana semakin kurang undi Kadazandusun terhadap BN oleh kerana pelbagai isu yang belum diselesaikan termasuk kebanjiran pendatang haram di negeri itu.

Daripada 51 kerusi marginal BN, 44 di kawasan pedalaman yang satu ketika dahulu dilihat sebagai deposit tetap BN.Sebagai perbandingan, terdapat 29 kerusi marginal PR: 20 di kawasan majoriti Melayu, empat di kawasan majoriti Cina dan lima di kerusi campuran.

Peratusan keluar mengundi Terengganu, Sarawak dan SabahPeratusan keluar mengundi tertinggi adalah di Terengganu sebanyak 87%, manakala dua negeri Malaysia Timur merekodkan jumlah pengundi terendah dengan Sarawak sebanyak 75% dan Sabah 79%.

Oleh kerana keadaan geografi, kemiskinan dan jarak jauh antara rumah dan tempat mengundi, peratusan keluar mengundi di Sarawak rendah.Di Sabah terdapat ketakutan berikutan pencerobohan pemberontak Sulu dan peperangan di negeri itu.

Calon bebas memberi kesanWalaupun kesemuanya kalah dalam PRU lepas, kehadiran “calon bebas” kritikal di sekurang-kurangnya enam kerusi Parlimen.Di sana mereka berjaya mengurangkan sokongan PR dan membantu calon BN menang kurang separuh daripada jumlah keseluruhan undi.

Contohnya di Mas Gading, calon BN yang menang mendapat 41.1% undi dan PR mendapat 26.3%. Calon bebas mendapat undi lebih tinggi daripada PR iaitu 32.6%.PR perlu lakukan lebih banyak di Malaysia Timur dan selesaikan maslah dengan parti-parti pembangkang di sana berhubung pembahagian kerusi.Bagaimana BN menang Perak?

PR menang dengan selesa di hampir kesemua saluran mengundi di Perak dari pengundi kali pertama kepada pengundi tua akan tetapi mereka masih kalah negeri yang mereka menang lima tahun lalu.Bagi pengundi kali pertama dan golongan muda Malaysia, margin jelas, 56.2% kepada PR dan 43.3% kepada BN.Bagi pengundi berumur 31-40, jurangnya lebih besar 58.58% kepada PR berbanding hanya 41.1% kepada BN.

Bagi pengundi berumur 41-50, 53.8% kepada PR dan 45.7% kepada BN.Bagi yang berumur 51-60, 58.2% kepada PR dan 41.5% kepada BN. Bagi yang lebih tua, PR tetap mendahului dengan 53.7% berbanding 45.8% kepada BN. Jadi bagaimana BN berjaya mempertahankan Perak?


Melalui perwakilan tidak sama rata.Contohnya, jika satu kerusi Parlimen mempunyai 10,000 pengundi dan satu lagi mempunyai 100,000 pengundi, pengundi kawasan pertama  mempunyai nilai 10 kali ganda undi.Perwakilan tidak sama rata adalah apabila kawasan pedalaman yang luas diberikan perwakilan sama dengan kawasan padat bandar. ~the malaysian insider

0 Komentar untuk "Kedudukan BN Makin Genting Pada PRU14 - Kajian Merdeka Center"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI