http://www.sinarharian.com.my/kecoh-raya-bersama-bmb-1.191827
KETIBAAN Syawal yang mulia sangat dinanti-nantikan umat Islam. Pelbagai persiapan dilakukan untuk meraikan hari berbahagia ini, termasuklah bagi peserta program realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) baru melabuhkan tirainya Jun lalu.
Keceriaan jelas tergambar di wajah anak didik Harun Salim Bacik, Achey yang dinobatkan sebagai Juara BMB Musim Pertama.
Keadaan bertambah gamat dengan kehadiran dua kumpulan iaitu Bocik dan Titan yang turut sama memeriahkan suasana ini.
Apatah lagi mereka turut berkongsi kegembiraan bersama peminat mereka. Jom ikuti kisah mereka.
Rumah terbuka Achey
Selepas memenangi hadiah utama RM200,000, juara BMB iaitu Mohd Nasir Hamzah atau Achey, 28, terpaksa melupakan hasrat untuk menyambut Syawal kali ini bersama keluarga tersayang di kampung halaman Labis, Johor.
Anak didik kepada Harun Salim Bachik ini mempunyai jadual waktu agak padat setelah bergelar selebriti apatah lagi masanya agak terhad untuk bersama keluarga.
"Sangat sedih kerana terpaksa beraya di Kuala Lumpur pada tahun ini namun demi mencari sesuap nasi, saya tabahkan hati.
"Isteri dan keluarga memahami keadaan saya, malah mereka turut menyokong dan memberi semangat agar saya tidak terlalu sedih," katanya.
Walau bagaimana pun, Achey bukan keseorangan sebaliknya ditemani rakan-rakan BMB yang lain bagi memenuhi undangan Malaysia Hari Ini (MHI) pada 1 Syawal.
"Berbanding tahun sebelum ini, perasaan saya agak berbeza.
"Walaupun sambutan raya bersama keluarga lebih meriah namun demi kerjaya, saya perlu berkorban.
"Bahkan keluarga bukan sahaja tidak menghalang tetapi beria-ria menyuruh saya pergi," katanya sambil ketawa.
Tidak berkesempatan meraikan raya pertama bersama keluarga, Achey akan mengadakan kenduri kesyukuran dan rumah terbuka bagi menghargai jasa peminatnya yang banyak menyokong ketika menyertai program realiti tersebut.
"Di penghujung Aidilfitri ini, jemputlah bertandang ke rumah terbuka saya di Dewan Labis," katanya yang menyukai masakan ibunya terutama ayam masak bistik, ketupat dan lodeh.
Abam jual lemang
Sementara itu, naib juara BMB iaitu kumpulan Bocik yang dianggotai oleh dua anak muda, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan (Abam) dan Muhamad Fadzlie Mohd Nizam (Fad) berkongsi kisah mereka sepanjang Syawal ini.
Menurut Abam, sepanjang Ramadan lalu dia berniaga lemang, kuih bakar, rendang dan kuah kacang sekitar kawasan Melawati sejak 13 tahun lalu.
Dia turut menerima tempahan lemang sebanyak 2,000 hingga 3,000 batang selepas 1 Syawal bagi pelanggan yang mahu adakan rumah terbuka.
"Saya tidak kisah membakar lemang di pada hari raya kedua atau ketiga kerana ia merupakan rezeki sampingan buat kami sekeluarga.
"Jika saya sibuk dengan aktiviti seni, maka adik akan mengambil alih tugasan ini," kata anak didik kepada Afdlin Shauki ini.
Menariknya, tugasan untuk memasak juadah raya digalas oleh Abam sejak beberapa tahun lalu kerana keadaan ibunya yang agak uzur.
"Saya tidak kisah, bahkan seronok dapat memasak pelbagai jenis masakan termasuk laksa, laksam dan nasi kukus bukhari.
"Pada hari raya kelapan, saya akan adakan rumah terbuka secara besar-besaran bagi menghargai jasa dan sokongan peminat selama ini," katanya yang bercita-cita untuk menjadi chef masakan.
Jauh dengan keluarga
Bagi anak kelahiran Johor Bahru ini pula, sepanjang Ramadan lalu dia jarang pulang ke kampung halaman dan terpaksa menyambut Aidilfitri di perantauan tahun ini.
Jadual yang padat menyebabkan dia hanya berkesempatan pulang beraya pada petang raya untuk meraikan hari bahagia itu bersama keluarga.
Tidak dinafikan, anak bongsu daripada dua beradik ini menangis tatkala mendengar takbir raya 1 Syawal.
"Tahun ini saya beraya di studio kerana terlibat dengan program bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI).
"Inilah kali pertama saya terpaksa beraya jauh dari keluarga, perasaan ketika itu tidak dapat digambarkan," kata Fad.
Pun begitu, Fad berkata, dia sangat bertuah kerana Abam sudi menumpangnya tinggal bersama keluarganya.
Katanya, sedikit sebanyak perasaan rindu terubat dengan kehadiran keluarga sahabat baiknya itu.
Berkongsi mengenai juadah kesukaan, dia berkata, masakan ibunya paling digemari terutamanya sambal goreng dan ayam masak merah.
Jika orang lain memilih pelbagai jenis kuih dihidangkan ketika raya, berbeza dengan Fad kerana tidak menyukai biskut raya sebaliknya menggemari kerepek.
"Keluarga kami jarang membeli kuih raya kerana rasanya sangat manis.
"Kerepek pula kami tempah dengan saudara kerana yakin dengan kualitinya," ujarnya.
Isey cuti panjang
Jika rakan-rakan yang lain sibuk dengan rakaman raya, berbeza pula dengan anak didik Sabri Yunus iaitu kumpulan Titan yang dapat bercuti dalam tempoh masa yang agak panjang.
Bagi Fazlisham Mat Hussin atau Isey, kepulangan kali ini amat dinantikan kerana ia merupakan Aidilfitri pertama sebagai selebriti.
Apatah lagi dia dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta di Kota Bharu, Kelantan.
"Saya akan pulang ke kampung seminggu sebelum raya dan balik semula ke ibu kota seminggu selepas raya.
"Mujurlah kami dapat bercuti panjang kerana kembali sibuk dengan aktiviti seni selepas raya ini," katanya.
Katanya, pagi 1 Syawal dia bersama keluarga akan melawat kubur arwah bapanya yang meninggal beberapa tahun yang lalu.
"Kebiasaannya raya pertama di Kuala Krai, kemudian kami akan ke Ketereh untuk melawat saudara mara di sana.
"Raya kedua pula, saya adakan rumah terbuka untuk rakan dan peminat Titan," katanya.
Bercerita mengenai aktiviti seni, dia terlibat dengan penggambaran drama, Mat Three Four bersama Azizul Ammar (Titan) bagi mengisi slot baru di TV3 nanti.
Amar sedia duit raya
Manakala, seorang lagi ahli Titan iaitu Azizul Ammar Abu Hassan atau Amar pula berkata, hari raya merupakan masa yang sesuai untuk berkumpul bersama keluarga dan saudara mara.
Tambahan pula, tahun ini Amar perlu menyediakan RM1,500 untuk duit raya kepada 20 orang anak saudaranya.
"Mereka semakin lama semakin pandai, saya pula yang pening kepala untuk sediakan duit raya.
"Namun rezeki yang diterima selepas tamat BMB semakin mencurah-curah.
"Alhamdulillah... rezeki anak-anak saudara, tidak salah kita berbelanja lebih untuk mereka," katanya.
Ditanya mengenai duit kemenangannya itu, anak kelahiran Kota Tinggi, Johor itu berkata dia ingin melaburkan sebahagian daripada wang tersebut demi masa depannya.
"Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari.
"Sebagai langka berjaga-jaga, kita harus menabung duit demi masa depan.
"Lagipun saya ingin membuka perniagaan restoran Nasi Ambeng tidak lama lagi,"

0 Komentar untuk "Kecoh raya bersama Bintang Mencari Bintang BMB"