SHAH ALAM - Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berhubung jangkaan keputusan PRU13 didapati tepat kerana ia berdasarkan kajian berterusan yang telah dilakukan.

Menurut satu kenyataan hari ini, Umcedel berkata, pihaknya telah membuat kajian secara berterusan sebanyak lima kali sebelum PRU13.

"Berdasarkan kajian yang dilakukan telah menunjukkan sokongan terhadap BN adalah di antara 42 hingga 49 peratus.

"Manakala sokongan terhadap PR menunjukkan peningkatan daripada  18 menjadi 37 peratus," katanya.

KEPUTUSAN PRU13

Tambah Umcedel, kajian yang dilakukan terbukti hampir tepat apabila BN mendapat tiga peratus sokongan pengundi atas pagar menjadikan jumlah undi popular sebanyak 46 peratus.

Sedangkan PR mendapat lima peratus sokongan pengundi atas pagar menjadikan jumlah undi popular yang diterima sebanyak 53 peratus.

"Kajian ini menggunakan kaedah persampelan berstruktur secara rawak melibatkan pemilihan respoden yang merupakan pengundi berdaftar yang berlatar belakang etnik, umur, kawasan tempat tinggal berbeza yang dilakukan secara bersemuka di seluruh semenanjung Malaysia," katanya.