http://www.sinarharian.com.my/global/rampasan-kuasa-morsi-kini-ditahan-di-rumah-1.178786
KAHERAH - MESIR. Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang dipilih secara demokrasi kini berada di bawah tahanan rumah sejurus digulingkan oleh pihak tentera.
Beratus-ratus ribu rakyat Mesir mengambil tempat di jalan-jalan seluruh Mesir atas tindakan tentera dan kumpulan anti-kerajaan pula meraikan kejatuhan presiden itu.
Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara, Adly Mansour bakal menggantikan presiden kerajaan interim negara itu.
Menurut jurucakap Ikhwan Muslimin, Morsi dan orang-orang kanannya kini berada di bawah tahanan di rumah.
Perlembagaan negara juga kini digantung dan Mansour menegaskan pihaknya bakal menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih kuat dan pelbagai.
Menurut ketua Tentera, El-Sisi, pilihan raya parlimen baru bakal diadakan dan pada masa yang sama, Mansour mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perlembagaan baru.
El-Sisi mendakwa, pihak tentera telah memenuhi tanggungjawab mereka yang dianggap bersejarah bagi melindungi negara dengan menggulingkan Morsi.

0 Komentar untuk "Rampasan kuasa: Morsi kini ditahan di rumah"