Malaysia Harap Pelantikan Presiden Sementara Mesir Lancarkan Peralihan Demokrasi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Malaysia Harap Pelantikan Presiden Sementara Mesir Lancarkan Peralihan Demokrasi

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/5/mstar_berita/20130705131446&sec=mstar_berita



    PUTRAJAYA: Malaysia berharap pelantikan presiden sementara Mesir akan membuka laluan bagi pemulihan dan pembaharuan peralihan demokrasi yang lancar kepada negara berkenaan.
    Menurut kenyataan Kementerian Luar pada Jumaat, Malaysia menggesa semua pihak agar berusaha ke arah mencapai penyelesaian yang aman dan mengelak daripada keganasan.
    "Amat mustahak agar krisis yang ada diselesaikan secara aman dan menerusi proses demokrasi untuk memilih kepimpinan sah yang baharu dan mengembalikan segera kerajaan pimpinan awam sejajar dengan aspirasi semua rakyat Mesir," menurut kenyataan itu.
    "Malaysia percaya penyelesaian politik yang berpanjangan akan membantu Mesir mencapai keamanan, kemajuan dan kestabilan," jelas kenyataan itu.
    Pada Khamis, Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir Adly Mansour mengangkat sumpah sebagai presiden sementara negara itu selepas tentera menggulingkan dan menahan Presiden Mohammed Morsi. - BERNAMA
    0 Komentar untuk "Malaysia Harap Pelantikan Presiden Sementara Mesir Lancarkan Peralihan Demokrasi"

    ISU SEMASA

    LIKE FACEBOOK

    Networkedblogs

    Popular Posts

    BERITA HARI INI