http://www.sinarharian.com.my/pemuda-umno-kecam-rampasan-kuasa-di-mesir-1.179287
SHAH ALAM - Pemuda Umno hari ini mengecam tindakan rampasan kuasa oleh pihak tentera ke atas Presiden Mesir, Mohamed Morsi.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan menggulingkan Morsi sebagai melanggar prinsip demokrasi dan mengkhianati amanah rakyat.
Apatah lagi Morsi katanya dipilih secara demokrasi dan bukannya rusuhan jalanan.
“Kejadian yang berlaku di Mesir ini seharusnya diambil iktibar oleh seluruh masyarakat dunia. Demokrasi mesti diterima dan dihormati oleh semua,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Khairy turut berharap agar keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Mesir tetap terjamin dan menasihati mereka agar tidak menghampiri ke kawasan yang sedang bergolak.
“Saya juga berharap agar Kementerian Luar terus memantau pergolakan di Mesir dan membuat persiapan awal jika perlu memindahkan rakyat Malaysia di sana bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” ujarnnya

0 Komentar untuk "Pemuda Umno kecam rampasan kuasa di Mesir"