http://www.sinarharian.com.my/nasional/penjarakan-orang-hina-agama-islam-1.183449
SHAH ALAM - Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) mencadangkan supaya individu yang menghina agama Islam dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya enam bulan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.
Presidennya, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, sudah terlalu banyak kes orang menghina Islam secara terbuka terutamanya di internet, namun kerana tiada tindakan tegas akhirnya ia diulangi individu lain.
“Kami cadangkan hukuman penjara ini diberikan mengikut tahap penghinaan seperti menghina Nabi Muhammad SAW hendaklah dihukum penjara dengan lebih lama iaitu lebih daripada enam bulan.
“Jika mengambil contoh di negara Arab seperti Mesir, mereka menjatuhkan hukuman mati kepada rakyat mereka yang menghina Rasulullah dan ini menjelaskan, menghina Islam dan rasul adalah satu jenayah berat,” katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kerajaan perlu memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam bahawa kebebasan bersuara di negara ini ada batasnya terutama melibatkan agama.
Katanya, hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di mana-mana negara dan hak ini lazimnya dihadkan misalnya dalam konteks menimbulkan kebencian seperti menghina agama.
“Penjelasan secara berterusan perlu diberikan supaya isu menghina agama tidak berlaku lagi di masa depan, jika tidak, agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi negara seperti tidak bermaruah lagi.
“Selain memberi kefahaman kerajaan seharusnya memberi pengajaran untuk generasi akan datang dengan menguatkuasakan undang-undang dan bukannya dengan hanya menerima permohonan maaf,” katanya.

0 Komentar untuk "Penjarakan orang hina agama Islam"