http://www.sinarharian.com.my/global/mursyidul-am-ikhwan-muslimin-ditahan-1.179458
KAHERAH - MESIR - Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Mohammed Badie ditahan tentera Mesir sejurus penggulingan Presiden Mohamed Mursi, kelmarin.
Dipetik Press TV, sumber pihak berkuasa berkata, Mohammed Badie ditahan di barat bandar Marsa Matrouh, terletak berhampiran sempadan Libya, atas tuduhan menghasut hingga menyebabkan kematian.
“Beliau didakwa menghasut penunjuk perasaan menggunakan kekerasan dalam demonstrasi,” katanya.
Di Kaherah, gerakan Ikhwan Muslimin bersumpah untuk menuntut pembebasan pemimpin kanan mereka yang ditahan sejak kelmarin.
Tentera dilihat melakukan kawalan keselamatan dengan meletakkan beberapa kereta perisai di tepi jalan. Beberapa helikopter masih berlegar di kawasan Tahrir.
Sementara itu, beberapa pro Mursi menyifatkan anggota keselamatan sebagai pengkhianat.
“Tentera menghumban Mesir ke neraka. Islam tidak dapat berdiri kukuh selagi Mursi dan pemimpin lain tidak dibebaskan,” kata ulama, Mahdi Asfar.
Kelmarin, bekas penasihat Ikhwan Muslimin, Mahdi Akef, timbalan ketua Ikhwan Muslimin, Rashdad Bayoumi dan Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Saad Al-Katatni, antara pemimpin kanan gerakan itu yang ditahan sejurus penggulingan Mursi.
Seramai 300 pengikut pemimpin itu juga ditahan melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, kelmarin.
Sementara itu, jurucakap Ikhwan Muslimin, Ahmed berkata, selepas penutupan empat stesen televisyen tempatan kelmarin, beberapa wartawan juga ditahan.
“Mereka tidak mahu orang ramai melihat apa yang sedang berlaku di sini, terutama mengikuti perkembangan Mursi, yang kini terputus hubungan dengan gerakan itu. Lihatlah, penyokong kami ditahan sedangkan penyokong Hosni Mubarak masih bebas berkuasa. Selama ini pasukan polis tidur, tetapi kini mereka telah bangkit untuk melakukan pengkhianatan,” katanya.

0 Komentar untuk "Mursyidul Am Ikhwan Muslimin ditahan"