http://www.sinarharian.com.my/nasional/krisis-mesir-tragedi-kepada-sistem-demokrasi-1.179447
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob melahirkan rasa simpati terhadap nasib rakyat Mesir dan Presiden Dr Mohamed Mursi yang digulingkan kelmarin selepas dipilih secara sah.
Ahmad menyifatkannya sebagai tragedi kepada demokrasi dan yakin gerakan Islam di seluruh dunia bersama-sama Mursi.
Beliau juga percaya kebanyakan rakyat Mesir menolak rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera.
“Saya juga mengharapkan pelajar-pelajar Malaysia yang sedang belajar di Mesir selamat,” katanya, seperti dipetik dari laman sosial Facebooknya.
“Untuk rakyat Mesir, marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat ALLAH supaya memberikan natijah yang terbaik kepada perjuangan Islam di bumi anbia tersebut,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan ketika dihubungi pula berkata, kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tindakan perlu diambil untuk keselamatan anak-anak Kelantan di Mesir, susulan krisis politik yang melanda negara itu.
Pihaknya kini memantau perkembangan semasa dan dalam masa sama bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi mendapatkan maklumat tepat.
“Bagi tujuan tersebut, saya menasihatkan semua pelajar berkenaan supaya menjauhi tempat-tempat demonstrasi serta mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan kedutaan Malaysia,” katanya.

0 Komentar untuk "Krisis Mesir: Tragedi kepada sistem demokrasi"