IKON remaja Pakistan, Malala Yousafzai bakal memberi ucapan di United Nation sebagai sebahagian daripada kempennya untuk pendidikan wajib percuma kepada semua kanak-kanak.
Malala bakal menyambut ulang tahun ke-16 dengan menyampaikan ucapan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York.
Malala ditembak di kepala dalam bas sekolah yang dinaiki oleh penembak Taliban kerana memperjuangkan hak wanita.
Ini merupakan ucapan di khalayak pertama selepas kejadian itu.
Selepas insiden itu, Malala diterbangkan dari Pakistan ke Inited Kingdom (UK) untuk menerima rawatan dan kini Malala tinggal di Birmingham.
Malala bakal berucap di depan lebih 500 pelajar dalam satu perhimpunan belia.
“Mari kita angkat buku dan pen. Ia adalah senjata paling berkuasa.
“Seorang anak, seorang guru, sebatang pen dan sebuah buku boleh mengubah dunia. Pendidikan adalah satu-satunya jalan penyelesaian,” katanya dipetik BBC.
Kira-kira 57 juta penduduk dunia masih tidak mempunyai akses kepada pendidikan dan sebahagian dari wanita muda tidak menamatkan sekolah rendah.

0 Komentar untuk "Malala bakal berucap di PBB"