http://www.sinarharian.com.my/mahkamah-tolak-saman-mp-shah-alam-1.181890
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad gagal dalam saman fitnahnya terhadap bekas Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman berhubung penyiaran gambar teknik tindih yang menunjukkan beliau seperti paderi Kristian.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim Hamzah bagaimanapun, menolak saman tersebut kerana Khalid gagal mengemukakan dokumen asal yang mendakwa dia difitnah.
Beliau juga mengarahkan Khalid membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Hamidah.
Hashim dalam penghakimannya berkata, dakwaan plantif yang mengatakan artikel itu yang diterbitkan oleh defendan adalah fitnah adalah satu perkara yang subjektif dalam sesuatu tuntutan.
Selain itu, katanya Khalid juga telah mengemukakan suatu dokumen yang tidak dikeluarkan daripada laman web yang asal.
Malah menurut beliau, tidak terdapat dalam artikel terbabit mengenai apa yang boleh dirujuk secara literal dan maksud biasa bahawa Khalid merupakan seorang yang murtad atau apa-apa yang berniat untuk merendah-rendahkan reputasi Khalid.
"Justeru mahkamah dapati defenden tiada niat untuk memfitnah plantiff," katanya.
Mahkamah turut mendapati, jika gambar yang didakwa itu wujud maka artikel yang dikaitkan itu boleh disifatkan fitnah terhadap Khalid.
Bagaimanapun Hashim tidak membacakan penghakimannya itu pada prosiding keputusan itu dalam mahkamah.
Khalid menyaman Hamidah pada 23 Disember 2011 berhubung penyiaran gambar yang menggunakan teknik tindih gambar Khalid yang disiarkan melalui blognya pada Januari 2010.
Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid sebagai plaintif mendakwa, gambar itu menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan seorang yang murtad.

0 Komentar untuk "Mahkamah tolak saman MP Shah Alam"