http://www.sinarharian.com.my/global/as-hantar-kapal-amfibia-1.182311
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya kini seolah-olah mahu melihat Mesir berada di ambang perang selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi, minggu lalu.
Selepas menghantar empat pesawat pejuang F-16 kelmarin, AS semalam mengumumkan penghantaran dua kapal amfibia ke perairan Laut Merah sebagai persediaan bantuan buat kerajaan sementara negara itu.
Komandan Marin Jeneral James Amos berkata, USS Kearsarge dan USS San Antonio kini sedang dalam pelayaran ke Laut Merah sejak dua hari lalu.
“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Kami berharap, keadaan di Mesir tidak terus melarat seperti di Syria. Kami sediakan bantuan awal sebagai persediaan sekiranya keadaan makin meruncing,” katanya.
Isnin lalu, jurucakap Rumah Putih Jay Carney menegaskan, Washington tidak akan menghentikan bantuan kepada tentera Mesir malah AS kini lebih komited menyediakan bantuan ketenteraan.
Sementara itu, puluhan ribu penyokong setia Mursi terus setia berhimpun dan berkhemah di bandar-bandar utama sekitar Kaherah terutama di Bandar Nasr dan Masjid Rabaa El Adaweiya.
Mereka melaungkan slogan anti-tentera sambil menggelar Ketua Tentera Abdul Fatah al-Sisi, sebagai pengkhianat.
Dalam perkembangan berasingan, AS terus bersandiwara bagi mengaburi mata dunia apabila menggesa tentera Mesir membebaskan Mursi.
Jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki berkata, AS menyokong tindakan Jerman yang merayu supaya Mursi segera dibebaskan bagi mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah. - Press TV

0 Komentar untuk "AS hantar kapal amfibia"