http://www.sinarharian.com.my/bisnes/brother-reka-pencetak-untuk-pks-1.182301
SYARIKAT pengeluar pencetak Brother Malaysia memperkenalkan empat model baru pencetak laser monokrom dan pencetak pelbagai fungsi yang direka khas bagi menampilkan cetakan berkualiti pada harga berpatutan.
Produk itu sesuai untuk pejabat kecil dan pejabat rumah (SoHo) serta perniagaan kecil dan sederhana (PKS) yang memerlukan cetakan berkualiti tinggi walaupun pada jumlah cetakan kecil.
Ketua Pegawai Eksekutif Brother Malaysia, Itsuo Segawa berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima di pasaran, pengguna hari ini memerlukan produk yang lebih mesra pengguna.
“Pengguna akan menikmati teknologi cetakan yang mencegah masalah kertas tersekat. Harga isian semula seperti dakwat yang digunakan dalam siri pencetak ini juga berpatutan,” katanya selepas pelancaran produk itu, baru-baru ini.
Menurutnya lagi, dengan ciri-ciri seperti pemegang sisi kertas yang lebih panjang bagi mengelakkan kertas herot, laluan kertas yang singkat dan sistem antilingkar, siri pencetak itu mampu memberi kesempurnaan dan hasil yang terbaik.
Beliau berkata, hasil cetakan berkualiti tinggi dan boleh dipercayai juga dijamin dengan penggunaan isian semula yang direka di Jepun dan dijual pada harga berpatutan.
Pencetak terbaru itu dijual pada harga antara RM278 dan RM788.

0 Komentar untuk "Brother reka pencetak untuk PKS"