Tiada Panggilan Daripada Pemimpin Akar Umbi PR Boikot Angkat Sumpah - Karpal - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tiada Panggilan Daripada Pemimpin Akar Umbi PR Boikot Angkat Sumpah - Karpal

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/16/mstar_berita/20130615141015&sec=mstar_berita



    GEORGE TOWN: Tiada panggilan daripada pemimpin peringkat akar umbi Pakatan Rakyat supaya memboikot upacara angkat sumpah ahli Parlimen pada 24 Jun ini, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.
    "Semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menghadiri majlis tersebut kecuali mereka yang tidak dapat hadir. Mereka sentiasa boleh mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan.
    "Saya tidak rasa perlu (memboikot). Anda telah dipilih dan anda perlu bertanggungjawab," kata Karpal Singh pada sidang akhbar di Air Itam, di sini, Sabtu.
    Beliau menambah adalah menjadi satu kesalahan apabila Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau dan timbalannya tidak akan membenarkan mana-mana ahli Parlimen mengangkat sumpah selepas 24 Jun.
    "Beliau angkuh. Beliau belum dilantik sebagai Speaker apabila beliau menggunakan istilah seperti "kita tidak akan membenarkan" atau 'timbalan saya tidak akan membenarkan".
    "Malah, dalam Perlembagaan amat jelas menyatakan bahawa ahli Parlimen boleh mengangkat sumpah bila-bila masa dalam tempoh enam bulan," katanya.
    Karpal Singh mengulas laporan berita pada 11 Jun mengatakan ahli Parlimen Pakatan akan hilang kelayakan jika mereka sengaja memboikot upacara angkat sumpah.
    0 Komentar untuk "Tiada Panggilan Daripada Pemimpin Akar Umbi PR Boikot Angkat Sumpah - Karpal"

    ISU SEMASA

    LIKE FACEBOOK

    Networkedblogs

    Popular Posts

    BERITA HARI INI