PRK adalah peluang kedua rakyat - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PRK adalah peluang kedua rakyat

http://www.sinarharian.com.my/politik/prk-adalah-peluang-kedua-rakyat-1.176628



SEREMBAN - Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan bagi mengisi kekosongan Dun Kuala Besut merupakan peluang kedua rakyat untuk memilih dan melakukan perubahan terhadap pentadbiran negeri Terengganu.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, tidak mustahil kemenangan boleh berpihak kepada Pas kali ini, walaupun dilihat agak sukar selepas menyaksikan calon bertanding pada PRU13 lalu tewas dengan majoriti 2,434 undi.

“Bagi kita, senario politik di Terengganu agak unik berikutan rakyatnya berani mengambil risiko melakukan perubahan sepertimana berlaku sebelum ini apabila tampuk pentadbiran negeri pernah bertukar tangan antara Pas dan Barisan Nasional (BN).

“Justeru, kita lihat peluang untuk menang pada PRK nanti tetap ada walaupun sekadar 50-50, sekiranya jentera parti dapat melipatgandakan lagi usaha untuk merangka strategi yang sesuai bagi memecahkan benteng kuat Umno itu,” katanya semalam.

Mohamad Taufek berkata, antara langkah wajar diambil adalah memberikan maklumat yang secukupnya kepada pengundi kawasan terbabit, selain mengetengahkan calon di kalangan anak muda tempatan yang berwibawa.
0 Komentar untuk "PRK adalah peluang kedua rakyat"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI