http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2013/6/28/mstar_mahkamah/20130628131444&sec=mstar_mahkamah
JOHOR BARU: Seorang penganggur, Muidin Maidin, 27, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah di atas pembunuhan kejam terhadap Nurul Nadirah Abdullah yang berusia lima tahun, yang lebih dikenali sebagai Dirang.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman menyifatkan Muidin tidak berperikemanusiaan dan seorang yang berbahaya kepada masyarakat.
“Saya di sini menjatuhkan kamu dengan hukuman gantung sampai mati,” katanya.
Muidin didakwa kerana membunuh Dirang di ladang kelapa sawit di Bandar Seri Alam, Masai, di sini antara pukul 11.30 malam pada 1 Mac dan 1 pagi pada 2 Mac tahun lepas.
Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman gantung sampai mati.
0 Komentar untuk "Penganggur Dijatuhi Hukuman Mati Kerana Bunuh Dirang"