Adun Bukit Tambun Angkat Sumpah Sebagai Speaker DUN P.Pinang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Adun Bukit Tambun Angkat Sumpah Sebagai Speaker DUN P.Pinang

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/28/mstar_berita/20130628112154&sec=mstar_berita



    Law Choon Kiang.
    GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tambun, Law Choon Kiang mengangkat sumpah sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) berbangsa Cina pertama di negeri itu di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
    Beliau mengangkat sumpah pada pembukaan sidang DUN itu pada kira-kira pukul 9.30 pagi, di mana diikuti dengan upacara mengangkat sumpah yang lain oleh 40 anggota DUN yang lain pada Jumaat.
    Sebelum ini, bekas speaker DUN berbangsa Cina ialah Tan Sri Teh Ewe Lim (April 22, 1982 - Julai 19, 1986) dan Datuk Ooi Ean Kwong (3 Ogos, 1986 - 5 Oktober 1990).
    Law, yang merupakan Adun PKR selama dua penggal pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir.
    Seramai 30 Adun di bawah Pakatan Rakyat dan 10 Adun Barisan Nasional (BN).
    0 Komentar untuk "Adun Bukit Tambun Angkat Sumpah Sebagai Speaker DUN P.Pinang"

    ISU SEMASA

    LIKE FACEBOOK

    Networkedblogs

    Popular Posts

    BERITA HARI INI