Kekosongan Kerusi Kuala Besut: Speaker Hantar Notis Kekosongan Kepada SPR - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kekosongan Kerusi Kuala Besut: Speaker Hantar Notis Kekosongan Kepada SPR

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/27/mstar_berita/20130627113356&sec=mstar_berita

Yang Dipertua DUN Terengganu, Mohd. Zubir Embong (kanan) menyerahkan surat makluman kekosongan kerusi N.01 Dewan Undangan Negeri Kuala Besut kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya negeri, Fakhrul Razi Ab. Wahab di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, Khamis. -fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Speaker Terengganu Zubir Embong telah menghantar notis kekosongan kerusi negeri Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pukul 10 pagi.
Ketua SPR negeri Fakhrul Razi Ab Wahab berkata pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Khamis, dengan tarikh terakhir pada 27 Ogos.
Dengan kematian Dr A. Rahman Mokhtar pada Rabu, pilihan raya kecil perlu diadakan dan persaingan untuk merebut kerusi Kuala Besut akan menjadi pertandingan 'hidup atau mati' untuk Barisan Nasional.
Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) berada dalam kedudukan tidak menentu kerana kegagalan untuk mengekalkan kerusi itu akan menyebabkan satu keputusan dan keadaan yang tergantung.
Pada pilihan raya umum ke-13, BN kembali merampas kuasa membentuk kerajaan negeri dengan 17 kerusi negeri, lebih dua kerusi berbanding 15 yang dimenangi Pakatan Rakyat.
0 Komentar untuk "Kekosongan Kerusi Kuala Besut: Speaker Hantar Notis Kekosongan Kepada SPR"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI