Idea Bentuk Kerajaan Perpaduan Di Terengganu Terlalu Awal - Karpal - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Idea Bentuk Kerajaan Perpaduan Di Terengganu Terlalu Awal - Karpal

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/27/mstar_berita/20130627173414&sec=mstar_berita



    KUALA LUMPUR: Idea untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat di Terengganu berikutan kekosongan kerusi Dewan undangan Negeri (DUN) Kuala Besut adalah terlalu awal, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.
    "Saya percaya ia adalah bersifat akademik semata-mata. Apa yang penting sekarang adalah memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan.
    "Pakatan akan mempertimbangkannya dengan berhati-hati bergantung kepada keputusan pilihan raya kecil itu," kata Karpal kepada pemberita di lobi Parlimen, Khamis.
    Beliau diminta mengulas mengenai kemungkinan untuk membentuk kerajaan perpaduan di antara BN dan Pakatan sekiranya keputusan pilihan raya kecil tidak berpihak kepada BN.
    Pada Pilihan Raya Kecil Ke-13 (PRU-13), BN kembali membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat menang 15 kerusi.
    Beliau berkata semua parti harus menghormati proses demokrasi dan membenarkan pilihan raya kecil diadakan.
    "Parti yang mempunyai ramai wakil rakyat perlu memerintah negara atau negeri dan isu itu tidak seharusnya dibangkitkan," katanya.
    0 Komentar untuk "Idea Bentuk Kerajaan Perpaduan Di Terengganu Terlalu Awal - Karpal"

    ISU SEMASA

    LIKE FACEBOOK

    Networkedblogs

    Popular Posts

    BERITA HARI INI