Sementara itu, Nik Abdul Aziz ketika ditemui selepas melawat tempat kejadian berkata kejadian itu adalah sesuatu yang tidak dijangka dan berlaku di luar dugaan.
"Benda ni berlaku payah nak fikir, semua kuasa Allah, berlaku dinding yang begitu tebal tiba-tiba boleh runtuh, daripada runtuh kena yang di luar dugaan kita dan juga engineer (jurutera) itu sendiri," katanya yang melawat kira-kira setengah jam.
Ketua Polis Kelantan, SAC1 Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sekiranya tembok setinggi 1.8 meter itu dibina dengan bata dengan terdapat tetulang besi di dalam, mustahil boleh runtuh sebagaimana berlaku semalam.
"Dinding itu dibina dengan bata setinggi 1.8 meter dan tidak terdapat besi di dalam bagi menguatkan dinding itu daripada mudah runtuh," katanya kepada pemberita pada majlis Berkhatan Beramai-ramai anak warga PDRM, Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
nampak sangat Tok Guru merapu dlm hal ni
dinding tu boleh kukuh kalau ada tetulang besi
jadi jangan gunakan alasan kuasa Allah perkara ni boleh jadi, ini menunjukkan org yg bina bangunan tu tak ikut spesikfikasi yg sepatutnya
0 Komentar untuk "Apabila Tok Guru Nik Aziz Merapu"