NASIONAL : KHAMIS 13 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

NASIONAL : KHAMIS 13 OGOS 2009

Syor dakwa Siew Fook, Ooi
KUALA LUMPUR 12 Ogos – Polis akan memanggil Ketua Pemuda Sosialis DAP,Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, dalam masaterdekat berhubung kenyataan mereka yang menghina Islam.

Lucut kerakyatan hina raja – Mufti
PUTRAJAYA 12 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkankumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yangmenjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.


Hormati undang-undang - PM
PUTRAJAYA12 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pengertian patriotismediperluaskan dengan setiap warganegara harus memiliki cakupan nilai danperangai yang baik serta menghormati undang-undang




Tutup atau tidak
KUALALUMPUR: Ketika angka korban Influenza A (H1N1) di negara ini mencecah44 orang berikutan enam lagi kematian dilaporkan semalam, pelbagaipihak terus bercanggah pendapat berhubung desakan supaya semua sekolahditutup bagi mengelak penularan wabak itu.







Qari Iraq, qariah Malaysia johan Tilawah al-Quran Antarabangsa
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Qari Iraq, Usama Abdullah dan qariah Malaysia,Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman masing-masing muncul johanmajlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-51 di PusatDagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

10 finalis ke pusingan kedua cipta lagu
PUTRAJAYA 12 Ogos - Sebanyak 10 finalis pertandingan 'Lagu 1MalaysiaKita' berjaya ke pusingan kedua hasil undian secara dalam talian olehorang ramai melalui laman web Datuk Seri Najib Tun Razak,www.1Malaysia.com.my.

Umat Islam digesa menderma sempena Ramadan
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap umat Islam dinegara ini bermurah hati menghulurkan derma bagi membantu kanak-kanakGaza yang ditindas rejim Israel, bersempena dengan kehadiran bulanRamadan.

Santapan diraja: Tuanku Muhriz tidak perkenan
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, TuankuMuhriz Tuanku Munawir tidak perkenan mencemar duli untuk menghadiriMajlis Mesra Rakyat dan Santapan Diraja Charity Fund 2009 yang akandiadakan pada 31 Oktober ini.

Kediaman selesa anggota polis
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Dalam usaha meningkatkan keselesaan hidupanggota polis, kerajaan telah memulakan langkah menambah keluasankediaman anggota daripada kira-kira hanya dua bilik sekarang kepadatiga bilik.

Internet: 3 kementerian bekerjasama
PUTRAJAYA 12 Ogos - Tiga kementerian akan bekerjasama mengenal pastipendekatan dari sudut perundangan dalam menangani isu penyalahgunaanInternet di negara ini.

Puasa: 20 Ogos lihat anak bulan
KUALALUMPUR 12 Ogos - Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukanpermulaan puasa tahun ini yang bersamaan 1430 hijrah ditetapkan padasebelah petang 20 Ogos ini.


Hantar bot lebih besar ke Gaza
PUTRAJAYA12 Ogos - Kecewa dengan sikap masyarakat dunia yang melupakanpenderitaan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, Tun Dr. MahathirMohamad hari ini melancarkan satu dana bagi menggerakkan usahamenentang dasar pengepungan yang dilakukan rejim Israel.

Jangan politikkan undang-undang negara - Nazrin
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Undang-undang negara perlu dipertahankan sebagaiinstrumen timbang tara dan tidak boleh sama sekali dipolitikkan bagitujuan kepentingan peribadi, titah Raja Dr. Nazrin Shah (gambar).

Sasterawan Dharmala NS meninggal dunia akibat serangan jantung
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Sasterawan dan budayawan tanah air, Abdul MulukDaud atau lebih dikenali sebagai Dharmala NS, 62, ( gambar ) meninggaldunia di Hospital Selayang hari ini akibat serangan sakit jantung.

Amaran tarik lesen agensi pekerja asing
PUTRAJAYA12 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran akan menarikbalik lesen serta permit agensi pekerja asing yang didapati melanggarperaturan ditetapkan pihak berkuasa.

Enam lagi termasuk bayi mati
PUTRAJAYA12 Ogos - Enam lagi kematian akibat selesema babi atau influenza A(H1N1) dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kematian terkumpul setakatini meningkat kepada 44 orang.

Tengku Puan Pahang, lima anakanda syukur kesihatan semakin baik
KUANTAN12 Ogos - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariahdan lima anakanda baginda yang dijangkiti selesema babi atau virusinfluenza A (H1N1), melahirkan rasa syukur hari ini apabila kesihatanmereka menunjukkan perkembangan positif selepas empat hari dirawat diHospital Tengku Ampuan Azfan (HTAA) di sini.

Kuasa pengetua tutup sekolah - Tiong Lai
PUTRAJAYA12 Ogos - Semua sekolah hanya akan ditutup akibat selesema babi atauinfluenza A (H1N1) berdasarkan keputusan yang dibuat oleh pengetuamengikut nasihat Kementerian Kesihatan dan persetujuan JabatanPelajaran Negeri (JPN).

Garis panduan baru mungkin tidak relevan dilaksana IPT
KUALALUMPUR 12 Ogos - Garis panduan baru berkaitan arahan penutupan sekolahekoran penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) yang akandikeluarkan nanti mungkin tidak relevan untuk dilaksanakan di institusipengajian tinggi (IPT).

Budak 4 tahun mangsa ke-3
KUANTAN 12 Ogos - Pahang hari ini mencatatkan kematian ketiga akibatselesema babi atau influenza A (H1N1) apabila seorang kanak-kanakberusia empat tahun yang meninggal dunia pada 7 Ogos lalu, disahkanmengalami wabak ini oleh Jabatan Kesihatan negeri semalam.


'Jadi jambatan ekonomi Malaysia-AS'
PUTRAJAYA 12 Ogos - Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), DatukSeri Dr. Jamaludin Jarjis berazam mahu mewujudkan jambatan ekonomi baruantara Malaysia dengan negara itu demi manfaat rakyat.

Kedah catat 3 kematian
ALOR SETAR 12 Ogos - Sebanyak tiga kematian dicatatkan di negeri iniakibat selesema babi atau influenza A (H1N1) sehingga semalam, kataMenteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

DPN-4 ubah nasib golongan warga tani
MELAKA 12 Ogos - Kerajaan akan menggubal Dasar Pertanian Negara Ke-4(DPN-4) untuk tempoh 2011-2016 yang dapat memberi pelbagai manfaatkepada golongan warga tani.

Yakin majlis hubungan beri kesan positif
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin peranan MajlisHubungan Antarabangsa Negara yang kini di peringkat jawatankuasa penajaakan memberi kesan positif kepada rakyat dan negara.

40,000 jururawat am 'mati akal, kecewa'
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Kira-kira 40,000 jururawat am di hospital danklinik kerajaan kini dalam keadaan 'mati akal dan kecewa' berikutansungutan mereka yang telah lama berhubung usaha meningkatkan skimperkhidmatan mereka tidak diberi perhatian.

IPRM tambah bilik, katil guru pelatih
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Pihak pengurusan Institut Perguruan Raja Melewar(IPRM), Negeri Sembilan telah melakukan pengubahsuaian dengan menambahbilik, katil dan almari bagi keselesaan guru-guru pelatih.

Nenek nyaris maut dalam kebakaran
SITIAWAN 12 Ogos - Seorang nenek nyaris maut apabila berpatah balik kedalam rumahnya yang terbakar demi menyelamatkan barangan pentingsemalam.

Seminar Dunia Islam Kontemporari 15-16 Ogos
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dengan kerjasamaTNB Integrated Learning Solution (ILSAS) Sdn. Bhd. akan menganjurkanSeminar Dunia Islam Kontemporari 2009 bertajuk Cabaran dan Hala TujuMasa Depan pada 15 dan 16 ogos ini.


AL-QURAN EDISI MALAYSIA
UMAT Islam di negara ini kini boleh memiliki al-Quran resam Uthmanidengan terjemahan dan huraian dalam bahasa Inggeris yang lebih mudahdifahami dan terkini. Edisi terbaru yang dihasilkan penterjemahal-Quran terkemuka dunia, Abdullah Yusuf Ali itu dilancarkan PengarahBahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), RazaliShahbudin di Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) diPetaling Jaya, kelmarin. Dikenali sebagai al-Quran Edisi Malaysia yangterkini, ia dihasilkan bagi membantu memudahkan pembacanya memahamisecara jelas maksud yang terkandung dalam setiap surah. Ia boleh dibelidi kedai buku utama seluruh negara pada harga RM100 senaskhah. n RAZALIShahbudin (kanan) melancarkan al-Quran Edisi Malaysia sambildiperhatikan oleh Prof. Emeritus Datuk Osman Bakar (tengah) dan Prof.Mohammad Hashim Kamali di Institut Pengajian Islam LanjutanAntarabangsa (IAIS), Petaling Jaya, kelmarin.








UM perlu tolak penyelewengan amalan akademik: Raja Nazrin
KUALALUMPUR: Pro Canselor Universiti Malaya (UM), Raja Dr Nazrin Shahmenitahkan agar pentadbiran universiti itu menolak sebarang bentukpenyelewengan amalan akademik kerana ia boleh menjejaskan nama baikuniversiti itu.

Tuanku Muhriz beri amaran sindiket jual darjah, pingat
SEREMBAN:Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir,menasihatkan rakyat supaya berhati-hati terhadap tindakan pihaktertentu yang mengaitkan baginda dengan penjualan darjah kebesaran danpingat negeri ini serta penganjuran satu majlis di Seri Kembangan,Oktober depan.

2 maut terjatuh diserang lebah
GEORGETOWN: Dua lelaki maut selepas terjatuh dari Tingkat Sembilan BangunanPersekutuan di sini, diserang lebah ketika meninjau sarangnya untukdimusnahkan, semalam.

Tarikh lihat anak bulan Ramadan pada 20 Ogos
KUALALUMPUR: Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis20 Ogos ini. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,sebanyak 29 tempat di seluruh negara ditetapkan bagi tujuan itu.

Qariah kita, qari Iraq johan tilawah antarabangsa
KUALALUMPUR: Qariah negara, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman danqari Iraq, Usama Abdullah masing-masing muncul Johan Tilawah al-QuranPeringkat Antarabangsa Ke-51.

Peraturan baru bilik sejuk beku perlu lulus 3 agensi
TANJONGKARANG: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akanmenguatkuasakan peraturan baru mewajibkan semua pemilik jeti dan botnelayan persendirian mendapatkan kelulusan daripada tiga agensi sebelummemulakan operasi mereka.

FGM mahu beli kapal kargo hantar bantuan ke Gaza
PUTRAJAYA:Tindakan Israel menutup semua laluan darat ke Semenanjung Gazamenyebabkan bantuan kemanusiaan sukar dihantar ke sana kecuali menerusijalan laut, kata Pengerusi Perdana Global Peace Organization (PGPO),Tun Dr Mahathir Mohamad.

2 doktor rawat keluarga diraja ada simptom Influenza A
KUALA LUMPUR: Dua doktor yang merawat Tengku Puan Pahang, Tunku AzizahAminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan lima anakanda bagindayang dijangkiti Influenza A (H1N1), turut disahkan menghidap simptomwabak itu, tetapi kedua-dua mereka segera mendapatkan ubat antiviral,Tamiflu.

Dua bayi antara enam korban terbaru H1N1
PUTRAJAYA: Dua bayi, seorang bayi perempuan berusia 10 bulan dan seorang bayilelaki berumur setahun adalah antara enam korban terbaru selesema babiatau Influenza A (H1N1) di negara ini, semalam menjadikan jumlah korbansetakat ini mencecah 44 orang.

Perkukuhkan patriotisme
PUTRAJAYA:Sempena sambutan kemerdekaan negara ke-52 tahun ini, Datuk Seri NajibRazak mengajak rakyat memperkukuhkan semangat patriotisme denganmeningkatkan amalan nilai dan perangai terpuji, bekerjabersungguh-sungguh, menjaga keharmonian serta mematuhi undang-undang.
0 Komentar untuk "NASIONAL : KHAMIS 13 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI