JENAYAH & MAHKAMAH : KHAMIS 20 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

JENAYAH & MAHKAMAH : KHAMIS 20 OGOS 2009

Siasat 'surat misteri'
SHAH ALAM 19 Ogos - Mahkamah Koroner di sini hari ini memerintahkansupaya satu siasatan lanjut dijalankan berhubung isi kandungan sepucuk'surat misteri' yang dikatakan dapat membantu inkues siasatan kematianSetiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Kes Norza dituduh rasuah disebut semula 15 Sept.
TEMERLOH19 Ogos - Kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNOWilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, HalimiKamaruzzaman akan disebut semula di Mahkamah Sesyen di sini pada 15September ini.

Karpal Singh antara peguam baru Anwar
KUALALUMPUR 19 Ogos - Berikutan penarikan diri peguam Sulaiman Abdullahekoran masalah kesihatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkanbarisan peguam baru yang akan mewakili beliau dalam kes liwat bekaspembantunya.

Tolak bantahan Karpal
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolakbantahan pihak pembelaan agar rakaman sidang media Karpal Singh padaFebruari lalu yang dirakam oleh kakitangan RTM tidak dimasukkan sebagaibahan bukti dalam kes Akta Hasutan yang dihadapi oleh Pengerusi DAPitu.

Polis tahan 5 ketua ah long babitkan pinjaman RM10 bilion
JOHOR BAHRU 19 Ogos - Polis menahan lima ketua ah long termasuk seorangbergelar Datuk yang terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman secaraharam membabitkan nilai pinjaman sebanyak RM10 juta, baru-baru ini.

SPRM buka semula kes dakwaan rasuah Mohammad Fairus
PULAUPINANG 19 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)mengesahkan kes dakwaan rasuah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang ditutup pada 22 Aprillalu, dibuka semula.

3 penjenayah ditahan dalam operasi di Mersing
JOHORBAHRU 19 Ogos - Selepas mengganas lebih enam bulan dengan melakukan 36rompakan bernilai RM200,000 di Johor, Selangor dan Pahang, tigapenjenayah yang terlibat dalam kegiatan itu ditahan polis dalam satuoperasi khas di Mersing, dekat sini semalam.

11.4 tan gula sorok dirampas
RAWANG19 Ogos - Tindakan sebuah syarikat pembuat minuman menyorok sebanyak11.4 tan metrik gula bernilai RM16,500 di dua buah rumah didiami oleh10 pekerja warga Myanmar terbongkar dalam serbuan malam tadi.

102 PATI diberkas di Pulau Carey
PELABUHANKLANG 19 Ogos - Sanggup berlapar dan tidur atas lumpur. Itulah antarapengalaman yang sanggup dilalui sekumpulan pendatang asing tanpa izin(PATI) yang ingin pulang ke negara mereka melalui satu sindiketpenyeludupan.








Niat mahu disebat depan khalayak tak kesampaian
SUNGAISIPUT: "Saya memang berharap hukuman sebat ke atas kesalahan yang sayalakukan dapat dilaksanakan di khalayak, tetapi nampaknya hajat saya itutidak kesampaian," kata Kartika Seri Dewi Shukarno, 32, yang akandikenakan enam sebatan, minggu depan.

Kes kuari Fairus dibuka semula
GEORGETOWN:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertassiasatan dakwaan rasuah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri IPulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, selepas empat bulanmenutupnya.

SPRM tubuh cawangan Sosio-Politik
KOTABHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menubuhkansebuah cawangan khas berperanan memberi kefahaman dan penjelasan kepadaahli politik mengenai pelbagai kesalahan rasuah dan penyalahgunaankuasa mengikut Akta SPRM 2009.

Suami isteri OKU dicerai secara hakam
GOMBAK:Sepasang suami isteri kurang upaya (OKU) menjadi pasangan pertama dinegara ini bercerai secara hakam selepas Mahkamah Rendah Syariah disini semalam, memutuskan ia perlu dilakukan selepas kedua-dua pihakgagal mencapai kata sepakat.

Inkues Teoh Beng Hock: Polis diarah siasat isi surat misteri
SHAHALAM: Mahkamah Koroner di sini semalam, mengarahkan polis melakukansiasatan terhadap isi kandungan sepucuk surat misteri bertarikh 5 Ogoslalu, yang mengandungi senarai nama beberapa individu berkaitankematian Teoh Beng Hock.

Mahkamah dengar 9 langkah lulus visa pekerja
KUALALUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, semalam diberitahu terdapat 176permohonan daripada 80 syarikat dari lima sektor termasuk pertanian,pembinaan dan perkilangan dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysiauntuk membawa pekerja asing ke negara ini, dua tahun lalu.

Sebutan semula kes Norza 15 September
TEMERLOH:Mahkamah Sesyen di sini semalam, menetapkan 15 September ini bagisebutan semula kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pemuda Umno WilayahPersekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, HalimiKamaruzzaman.

Lima ketua along ditahan
JOHORBAHRU: Lima ketua kumpulan ceti haram atau along terbesar di negaraini, termasuk bergelar 'Datuk' yang menawarkan pinjaman lebih RM10 jutasebulan ditahan dalam satu operasi khas sejak sebulan lalu, dalam usahamembanteras kegiatan berkenaan
0 Komentar untuk "JENAYAH & MAHKAMAH : KHAMIS 20 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI