KEPUTUSAN LIGA SUPER AHAD 21 JUN 2009 : Perlis rampas takhta Liga Super - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

KEPUTUSAN LIGA SUPER AHAD 21 JUN 2009 : Perlis rampas takhta Liga Super

Perlis rampas takhta Liga Super
PERLISmerampas takhta Liga Super daripada Selangor apabila berjaya menewaskanPulau Pinang 3-0 di Stadium Utama tatkala skuad Merah Kuning ituterpaksa merelakan kedudukan mereka dipintas apabila hanya mampu seri1-1 dengan Negeri Sembilan, malam tadi.


Perlis kembali ke puncak Liga Super

KUALA LUMPUR - Perlis kembali merampas takhta Liga Super daripada Selangor hasil kejayaan menewaskan Pulau Pinang 3-0 di Stadium Utama, Kangar, semalam.

Kejayaan skuad Singa Utara itu turut dibantu kegagalan Selangor memungut tiga mata penuh selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Bagaimanapun, Selangor berpeluang merampas semula kedudukan di puncak liga bila-bila masa kerana masih bermain kurang satu perlawanan berbanding Perlis.

Perlis yang memperoleh gol menerusi Azi Shahril Azmi (m-11), Nizaruddin Yusof (m-55) dan Mohd. Shazwan Zainun (m-71) kini mengumpul 45 mata daripada 20 perlawanan.

Sementara Selangor yang diselamatkan oleh jaringan Mohd. Amri Yahyah (m-63) untuk bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan oleh gol pendahuluan Shahurain Abu Samah (m-41) kini mengumpul 44 mata daripada 19 perlawanan.

Bagi Negeri Sembilan pula, keputusan itu tidak mengubah kedudukannya di tangga keempat liga di belakang Kedah yang tidak beraksi semalam.

Sebaliknya, Kelantan pula yang semakin menekan kedudukan Negeri Sembilan selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Kuala Muda Naza di Stadium Darul Aman.

Gol kemenangan Kelantan dijaringkan Mohd. Khalid Jamlus untuk membolehkan mereka melonjak ke tangga kelima dengan mengumpul 34 mata sama dengan Negeri Sembilan tetapi dipisahkan dengan perbezaan jumlah gol sahaja.

Terengganu pula berpesta gol ketika membelasah UPB-MyTeam 5-0 pada perlawanan di Stadium Petaling Jaya.

Namun, skuad Penyu terus kekal di tangga kelapan mengatasi Perak di tangga kesembilan yang turut mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Polis di Stadium Perak.

Satu lagi perlawaan menyaksikan KL Plus menewaskan Pahang 2-0 di Stadium KLFA, Cheras.

0 Komentar untuk "KEPUTUSAN LIGA SUPER AHAD 21 JUN 2009 : Perlis rampas takhta Liga Super"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI