HARIMAUMuda meneruskan dominasi pada aksi Liga Perdana selepas membenamkanpasukan tercorot, SDM Kepala Batas 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil,malam tadi - sekali gus terus mendahului carta liga.
Harimau Muda terus mengaum
|
|
KUALA LUMPUR - Rehat selama dua minggu tidak memberi sebarang masalah buat Harimau Muda untuk kembali mengganas apabila menang besar 4-0 ke atas SDM Kepala Batas dalam saingan Liga Perdana di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Ahmad Shakir Ali muncul wira dengan melakukan hatrik pada minit ke-49, 67 dan 82, manakala satu lagi jaringan dihasilkan Mohd. Muslim Ahmad minit ke-46 mengukuhkan cengkaman pasukan bimbingan Ong Kim Swee itu di persada liga.
Sementara itu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-1 sekali gus memintas Johor untuk berada di tangga kedua.
Gol T-Team dijaringkan oleh Mohd. Harris Safwan pada minit ke-13, Hairuddin Omar minit ke-48 dan Norhisham Hassan (minit ke-50), manakala gol saguhati ATM disumbang Juhairi Ahmad melalui sepakan penalti pada minit ke-90.
Di Stadium Likas menyaksikan pasukan tuan rumah, Sabah gagal menggunakan kesempatan beraksi di tempat sendiri apabila tewas tipis kepada Proton FC 0-1 hasil jaringan Mohd. Khairul Akhyar pada minit ke-64.
Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pula menyaksikan PKNS FC sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Melaka, bagaimanapun mereka berjaya melonjak ke tangga kelima memintas Proton FC.
Sarawak pula mencatat kemenangan 4-2 ke atas Shahzan Muda di Stadium Sarawak, Kuching melalui jaringan Joseph Kalang Tie pada minit ke-30, 63, manakala dua lagi gol disumbangkan Zamri Morshidi minit ke-36 dan Mohd. Dzulazlan Ibrahim minit ke-42
Manakala gol Shahzan Muda dijaringkan Abdul Rahman Abdul Kadir minit ke-17 dan 80.
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN LIGA PERDANA SABTU 20 JUN 2009 : Harimau Muda terus mengaum"