Junta Myanmar tolak mesyuarat tiga-hala - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Junta Myanmar tolak mesyuarat tiga-hala

YANGON 7 Nov. – Junta tentera Myanmar hari ini menolak cadangan diadakan mesyuarat tiga hala dengan wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ibrahim Gambari dan pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi, lapor akhbar milik kerajaan hari ini.

Kerajaan juga menolak sebarang campurtangan luar atau PBB, kata Menteri Penerangan, Brigadier Jeneral Kyaw Hsan kepada Gambari dalam satu pertemuan semalam.

Gambari telah mencadangkan satu mesyuarat melibatkan beliau, Suu Kyi dan Menteri Buruh, Aung Kyi yang dilantik sebagai perantara oleh kerajaan.

Tetapi, Kyaw Hsan berkata: ‘‘Pada masa ini, mesyuarat tiga pihak tidak mungkin dapat diadakan,’’ demikian menurut laporan akhbar New Light of Myanmar hari ini.

Ini merupakan misi kali kedua oleh Gambari untuk mendesak supaya diadakan pembaharuan di Myanmar setelah berlaku penentangan berdarah antara junta tentera dengan penyokong pro-demokrasi sebelum ini.

Usaha Gambari ini dilihat mungkin sia-sia setelah kerajaan junta tentera menuduh Majlis Keselamatan PBB tunduk kepada Amerika Syarikat (AS) dalam melaksanakan sekatan terhadap Myanmar.

– AFP

0 Komentar untuk "Junta Myanmar tolak mesyuarat tiga-hala"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI