Mukhriz Disisih, Hanya Tiga Exco Hadir Mesyuarat - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Mukhriz Disisih, Hanya Tiga Exco Hadir Mesyuarat

PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berusaha untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah terpaksa membatalkan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah selepas hanya tiga exco menghadiri mesyuarat tersebut.
Ketidakhadiran beberapa ahli exco yang lain disifatkan sebagai satu percubaan boikot untuk menjatuhkan beliau.
Terdapat korum yang mencukupi untuk mesyuarat itu diadakan tetapi difahamkan Mukhriz tidak meneruskannya kerana ia ibarat satu tindakan sia-sia untuk membuat keputusan berkaitan isu di negeri itu dengan krisis politik yang semakin meruncing.
Terdapat 10 ahli exco termasuk Muhriz tetapi hanya tiga yang hadir iaitu Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaacob dan Datuk Norsabrina Mohd Noor.
Aminuddin satu-satunya exco yang setia kepada Mukhriz dan enggan terlibat dengan akuan bersumpah yang ditandatangani Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain.
Kira-kira 10 Adun telah menandatangani akuan bersumpah yang menyatakan bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz dan menggesa presiden Umno mengambil tindakan.
Media buat pertama kalinya tidak dibenarkan memasuki Wisma Darulaman di sini, Rabu.
Norsabrina mengelak daripada dikesan media dengan meninggalkan bangunan tersebut menggunakan kereta bukan rasmi beliau.
Beliau baharu sahaja dibenarkan keluar hospital sehari lebih awal selepas mengalami keletihan dan tertekan.
Kereta Mercedes Benz Mukhriz tiba di kompleks kerajaan kira-kira pukul 11.40 pagi.
Mukhriz telah mengadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, sebelum mesyuarat Exco diadakan.
Sementara itu di Kuala Lumpur,  Perdana limosin hitam Perdana Menteri dilihat memasuki gerbang masuk Istana beberapa minit sebelum pukul 8 pagi.
Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Kunjungan Najib menguatkan lagi spekulasi bahawa perubahan Menteri Besar di Kedah hanya menunggu masa sahaja.
Sumber Putrajaya berkata taklimat pra-Kabinet tidak diadakan kerana Perdana Menteri perlu mengadap Yang di-Pertuan Agong dan tiada mesyuarat Kabinet pada Rabu.
Semua menteri dan ahli Parlimen berada di dalam Parlimen untuk persidangan khas mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Sumber berkata, hasil perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan diraja bagi menukar menteri besar akan diumumkan kemudian, jika ada, akan disahkan melalui pemberitahuan rasmi yang akan disampaikan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Aminuddin melambai tangan ke arah pemberita yang menunggu di luar kompleks kerajaan negeri.
Pada malam Selasa, solat hajat diadakan di Masjid Al Abrar dekat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ayer Hitam yang diterajui Mukhriz.
Aminuddin, yang juga Adun Jitra hanya satu-satunya ahli exco yang hadir semasa solat hajat tersebut.
Namun, Adun Kota Siputeh, Abu Hasan Shariff muncul untuk berucap dalam satu ceramah yang dihadiri kira-kira 800 orang.
Abu Hasan merupakan penyokong setia Mukhriz tetapi dia telah menandatangani akuan bersumpah itu.
Abu Hasan memberitahu hadirin yang hadir bahawa 'beliau cuba untuk lari dan bersembunyi tetapi mereka mengejarnya sehingga beliau hampir terjatuh ke dalam laut'.
Ini bermaksud beliau didesak untuk menandatangani akuan bersumpah tersebut.
Penyokong Mukhriz dikatakan merancang untuk berhimpun di stadium pada minggu depan.
Sumber berkata, hasil perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan diraja bagi menukar menteri besar akan diumumkan kemudian, jika ada, akan disahkan melalui pemberitahuan rasmi yang akan disampaikan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
Dengan kata lain, lampu hijau mengenai menteri besar yang baharu akan datang daripada Yang di-Pertuan Agong dan bukan daripada Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
Ia merupakan perkara yang pasti bahawa Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan disingkirkan sebagai menteri besar, dengan kemungkinan penggantinya adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Jemaah Pemangku Sultan Kedah dalam satu langkah yang jarang-jarang berlaku mengeluarkan kenyataan akhbar pada Selasa menafikan sebarang peranan dalam krisis politik yang sedang berlaku.
Kenyataan itu menegaskan bahawa ia adalah 'non-partisan' dan ahli-ahli majlisnya adalah neutral dan tidak berat sebelah.
Difahamkan bahawa sesetengah daripada Jemaah Pemangku Sultan Kedah kecewa mengenai laporan media bahawa pihaknya telah meminta lebih daripada satu nama untuk dipertimbangkan sebagai pengganti menteri besar itu.
Satu laporan media juga mendakwa bahawa Istana menentang pertukaran menteri besar.

0 Komentar untuk "Mukhriz Disisih, Hanya Tiga Exco Hadir Mesyuarat"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI