Nurul Izzah sebak selepas dibawa ke jawatankuasa Parlimen - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Nurul Izzah sebak selepas dibawa ke jawatankuasa Parlimen

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sebak selepas dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan pertemuannya dengan puteri kepada bekas pemimpin pengganas yang mencoroboh Lahad Datu di Sabah, Jacel Kiram.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan keputusan undi belah bahagi selepas perbahasan berhubung perkara itu selesai.

Sebanyak 105 undi menyokong membawa Nurul Izzah ke jawatankuasa berkenaan, manakala sejumlah 77 undi menolak.

Melalui jawatankuasa itu, Nurul Izzah akan diberi peluang memberikan penjelasan lanjut berhubung tindakannya di Manila, Filipina.
Malah, sekiranya perlu, anggota jawatankuasa itu juga turut membenarkan beliau membawa saksi.

Usul berkenaan di bawa ke Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ketika sesi perbahasan, Nurul Izzah yang diberi peluang berucap juga turut sebak menjelaskan tujuan dan maksud beliau bersama Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang berada di negara itu. – 3 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nurul-izzah-di-bawa-ke-jawatankuasa-parlimen-kerana-gambar-dengan-jacel#sthash.EwwhijpG.dpuf
0 Komentar untuk "Nurul Izzah sebak selepas dibawa ke jawatankuasa Parlimen "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI