Temuramah Ekslusif dengan Tan Sri Muhyidin Yasin - Sinar Harian - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Temuramah Ekslusif dengan Tan Sri Muhyidin Yasin - Sinar Harian



JOHOR BAHRU - Sikap segelintir pemimpin Umno yang sanggup mendiamkan diri meskipun mengetahui kebenaran kerana menjaga kepentingan dibidas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam nada keras, Muhyiddin berkata, ketika keadaan negara kelam kabut di waktu ini, hanya beliau sahaja yang berani bersuara untuk memperbetulkan keadaan.

"Hanya saya seorang bersuara yang lain buat apa.

"Saudara semua pengecut, takut kena pecat sebagai ketua cawangan, ketua bahagian dan ada juga wakil rakyat.

"Semua orang amat takut untuk bersuara walaupun keadaan negara dalam situasi begini tetapi tak mahu buat apa-apa. Orang luar tanya saya apa sudah jadi," katanya pada program Bicara Minda; 'Berani Kerana Benar' anjuran Sinar Harian, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri seterusnya menggesa pemimpin-pemimpin Umno dan kerajaan supaya bersikap lebih berani seperti pesan Nabi Muhammad SAW supaya umatnya agar mengambil tindakan jika melihat perkara yang mungkar.

"Ketika dalam kerajaan saya gunakan kuasa untuk nasihat dan beri pandangan tapi langsung tak diambil kira. Macam bodoh sangat Timbalan Perdana Menteri ni.

"Saya bersuara bukan untuk jatuhkan parti. Saya hanya berkata benar kerana bimbang tentang masa depan negara," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mengakui tidak pernah menyesal dalam menggerakkan perubahan kuasa antara bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umno Bahagian Pagoh itu berkata, pada ketika itu beliau mengambil keputusan menggesa Najib menandingi jawatan Presiden Umno kerana melihat kepada kredibiliti dan kelayakannya sebagai pemimpin.

"Saya tidak benci kepada Pak Lah tetapi saya fikir pada ketika itu tindakan perlu diambil bagi memastikan kedudukan Umno dalam pilihan raya dan saya beritahu pada Najib supaya dia bertanding jawatan Presiden.

"Saya tidak pernah menggugat kedudukan beliau (Najib) malah tidak pernah menentang beliau termasuk dalam isu GST dan BR1M. Jadi jangan persoalkan kesetiaan saya," katanya.

Orang Johor baling borang keahlian ke dalam longkang dan buat bungkus nasi lemak apabila mereka dipujuk untuk menyertai Umno baharu selepas ia diharamkan.

Demikian antara ucapan mukadimah yang diungkapkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila memulakan program Bicara Minda dengan judul 'Berani Kerana Benar', di Hotel Bluewave sini, hari ini.

Sambil menegaskan ia menjadi cabaran kepadanya ketika menjawat jawatan Menteri Besar Johor ketika itu, namun kata Muhyiddin, beliau sesekali tidak pernah lari daripada masalah tersebut.

"Bila Umno diharamkan, orang Johor tolak Umno baru tidak setuju, pelbagai masalah bagaimana nak bersatu di bawah Umno, mereka mahu Umno asal kembali semula.

"Saya terfikir kalau jadi pemimpin punyai tanggungjawab, kalau saya tidak bertindak dan berbuat sesuatu, penulis sejarah Johor akan tulis negatif akan jejaskan imej dan nama baik saya.

"Saya bukan gunting dalam lipatan atau api dalam sekam, tak mungkin saya akan berbuat begitu kerana saya sayangkan Umno," demikian kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semalam yang menyatakan amat kesal dengan tindak-tanduk tidak bertanggungjawab oleh musuh dari dalam dan luar yang cuba mempalit dan merosakkan imej negara ini.

"Saya tak biasa buat begitu, sebab saya sayangkan Umno, kalau saya tidak kejar dia barangkali saya masih boleh kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Kalau saya berdiam diri, selamatlah saya, tak payah ada majlis pada hari ini," katanya pada program Bicara Minda anjuran Sinar Harian bertajuk 'Berani Kerana Benar' di Hotel Bluewave, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin juga berkata, walaupun parti pembangkang dalam keadaan kucar-kacir, namun parti pemerintah itu sukar untuk meraih sokongan rakyat jika integriti Najib terus dipersoalkan.

"Kita tahu pihak pembangkang sedang kucar-kacir, orang pasti tak nak bersama-sama kita kerana kita tak amanah dan kita dilihat disalut dengan rasuah atau dilihat melakukan kemungkaran," jelasnya.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata lagi, beliau sedia diambil tindakan kerana tanggungjawabnya menegur kepimpinan parti agar tidak terus hilang kepercayaan rakyat.

"Sebab itu perlu ada usaha, tak apa saya terima beban, saya disingkir, lepas ini mungkin saya nak dibuang, tak menjawat jawatan lagi atau dipecat dari Umno, wallahuaklam.

"Itu sebab saya fikir kita kena ikhlas dalam apa yang saya lakukan," katanya lagi

"Sampai sekarang tiada seorang pun dibuang, yang dibuang adalah saya," demikian ujar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yaasin ketika menyentuh mengenai permasalahan yang melanda 1Malaysia Development Berhad ‎(1MDB) yang akhirnya memalit memori pahit dalam hidupnya.

Katanya, cadangan beliau agar 1MDB 'dibersihkan' dengan membuang Pengarah dan 'orang penting' di dalamnya seolah-olah membawa bala kepadanya sedangkan niat beliau adalah baik iaitu untuk memastikan 1MDB tidak membebankan kerajaan.

"Saya hendak bantu kerajaan selesaikan masalah, kalau tidak selesaikan ia akan beri beban, kalau tidak diuruskan ia akan jatuhkan kita (kerajaan), pandangan saya ikhlas," katanya ketika program Bicara Minda, 'Berani Keran Benar' di Hotel Bluewave di sini, hari ini.

Malah menurut Muhyiddin, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda yang dipanggil untuk menjelaskan kepada Kabinet juga memberi penerangan yang sangat menyedihkan.

"Dia datang bentang di Kabinet selama 15-20 minit, tetapi tiada sebarang angka yang dibentangkan, ini soal serius ia libatkan duit berbilion-bilion," katanya.


0 Komentar untuk "Temuramah Ekslusif dengan Tan Sri Muhyidin Yasin - Sinar Harian"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI