PAS Enggan Sertai Pakatan Harapan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAS Enggan Sertai Pakatan Harapan

PETALING JAYA: PAS memutuskan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata parti itu itu hanya akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR.

“PAS menghormati hak mana-mana pihak untuk merangka agenda politik tersendiri.

“Walaubagaimanapun PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Harapan sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa malam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan sebagai platform baharu gabungan politik parti pembangkang menggantikan Pakatan Rakyat.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR berharap PAS akan turut serta dalam pakatan baharu itu bagi menentang Barisan Nasional (BN).

0 Komentar untuk "PAS Enggan Sertai Pakatan Harapan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI